Pages

Sunday, April 22, 2012

RANGKUMAN MISI KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA 2012

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sudah lama rasanya aku dah tak berceloteh kat sini maklum la dan sem 6 kan sibuk dengan tesis (padahal tesis baru ja diluluskan tajuk.. hehehe). Rasanya dah tak sempat aku nak update misi khidmat masyarakat hari demi hari. So, aku rangkumkan je la kesemua hari itu dalam satu montaj. Saksikam je la montaj kat bawah nie... :-)


Kesimpulan yang dapat aku simpulkan sepanjang 6 hari 6 malam aku di buni Kemboja adalah aku sangat - sangat bersyukur dilahirkan dan dibesarkan di bumi bertuah yang diberi nama Malaysia. Malaysia sesudah mendapat kemerdekaan, diberi kuasa mutlak untuk mentadbir dan mengurus negara ini sendiri. Tetapi di Kemboja, walaupun mereka sudah diberi kemerdekaan, namun mereka masih dijajah melalui aspek lain seperti penjajahan dari segi ekonomi. Memang betul mereka mempunyai mata wang negara sendiri tetapi nilai mata mereka tersangat rendah dan di Kemboja juga lebih digalakkan untuk menggunakan mata wang Dollar Amerika dalam urusan jual beli. Dari sini kita dapat bandingkan dengan Malaysia yang mana kita mampu untuk menggunakan 100 % mata wang kita sendiri dalam urusan jual beli dan kita juga mampu untuk menghasilkan produk kita sendiri seperti kereta. kalau di sana, mereka menggunakan kereka import dan tidak semua yang mampu untuk memiliki kereta, hanya mereka yang betul - betul mampu sahaja mampu boleh memiliki kereta sendiri. Kenderaan yang paling popular digunakan oleh mereka adalah motorsikal, itupun sebahagian besar mereka gunakan untuk membuat tut tut (lebih kurang teksi la... huhu). Pembangunan di sana juga jelas jauh berbeza berbanding Malaysia, kita dapat lihat banyak kawasan padang jarak padang terkukur.

Wednesday, March 7, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA (Hari ke - 2)

28 Januari 2012 - Aktiviti pada hari ini bermula seawal jam 5.00 pagi. Kami bangun, mandi, dan bersiap sedia untuk solat subuh. Selesai solat subuh, jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi, kami pun berkumpul di hadapan rumah tumpangan kemudian bergerak bersama-sama ke kedai makan berhampiran Depot Tella untuk bersarapan pagi. Hidangan untuk sarapan pada pagi itu ialah sup bebola daging dan kopi susu Vietnam, kopi ini telah membuatkan aku ketagih untuk meminumnya setiap hari, pantang pi kedai makan ja mesti aku order kopi nie, hehehe.... Menurut tuan kedai, hidangan tersebut merupakan salah satu hidangan istimewa di kampung tersebut. 







Setelah itu, kami berjalan kaki ke tapak aktiviti untuk hari ke-2, iaitu di Masjid Nurulhidayah, Kg Brai Bis. Kami telah menjalankan tugas masing-masing. Ada yang bertugas untuk membersihkan tapak aktiviti, ada yang bersiap sedia untuk persiapan akikah, persiapan untuk sesi modul, ada yang pergi membuat tinjauan rumah-rumah yang daif dan rosak, serta beberapa tugas-tugas yang lain. Aku, Suman, Mie Own, Shahrael (pengarah) dan Shahril (Timb. Pengarah) ditugaskan untuk mencari rumah - rumah keluarga yang miskin dan daif untuk dibantu dari segi pemberian atap rumah. Tetapi di kampung ini kebanyakan rumah - rumahnya sudah cantik dan agak moden.










Tempayan nie kalau di Malaysia kita gunakan untuk membasuh kaki tetapi di Kemboja mereka guna tempayan ini untuk menyimpan air minuman.

Ini adalah rumput kering yang dilonggok untuk diberikan kepada lembu untuk dimakan. ketinggian rumput ini apabila dikumpul boleh mencecah bangunan 3 - 4 tingkat dan mungkin juga lebih. Rumput ini diperlukan semasa musim - musim tertentu seperti musin panas kerana tiada makanan atau rumput segar ketika itu.

Ini antara rumah yang agak moden yang boleh dilihat. 

Monday, February 27, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA 1

Salam dan selamat sejahtera... Entri kali ini aku akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja yang aku sertai bermula dari 27 Januari hingga 1 Februari 2012. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta, seorang pegawai pengiring dan 2 orang paramedik dari Pusat Kesihatan UPSI. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2011 yang juga merupakan program lanjutan yang telah dijalankan oleh MPP UPSI sejak 4 tahun dulu lagi.

Dengan menaiki penerbangan Air Asia, no. penerbangan AK 1472 dijadualkan bertolak dari LCCT pada pukul 7.05 pagi atas tiket dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dua jam kemudian sekitar 9.00 pg waktu Malaysia @ 750 pagi waktu Kemboja. Sebaik tiba di Kemboja, kami disambut oleh Ustaz Hasan yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kami dan juga bertanggungjawab menyusun kampung mana yang sepatutnya mendapat sumbangan yang kami bawa dari Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kemboja. Kami diberi 2 buah van dan sebuah cooster untuk kemudahan pengangkutan di sana. Lokasi pertama yang kami tuju adalah sebuah muzium yang menempatkan mangsa - mangsa kekejaman tentera Pol Pot. berikut merupakan gambar - gambarnya. Kami ke sini kerana terdapat sedikit masalah untuk terus ke kampung yang sepatutnya dijadualkan.

 











Gambar - gambar di atas merupakan bekas penjara yang digunakan oleh tentera Pol Pot untuk mengurung dan menyiksa mangsa - mangsanya. Terdapat juga rangka - rangka mangsa pembunuhan kejamnya di tempat ini. 

Monday, January 16, 2012

BAUCER PERTAMA


Alhamdulillah, hari ini (15/01/12) bersama hari Ahad aku telah berjaya untuk menggunakan 1 daripada 4 keping Baucer Buku 1 Malaysia yang diberikan oleh kerajaan baru - baru ini. Aku tak bercanag pun untuk menggunakannya pada waktu terdekat nie sebabnya masih belum tahu nak beli buku apa tetapi housemate aku (Pak Yeh (PY)) telah mengajak aku secara tidak dirancang untuk ke KL untuk membeli novel katanya... hehe..  padahal aku baru ja p KL hari sebelumnya tapi tak berkesempatan plak untuk menggunakannya. Aku pun apa lagi On je la akajkan dia tu lagi pun kalau aku duduk kat rumah nie pun bukannya ada sapa, yang lain semua dah balik yang tinggal aku, Pak Yeh dengan Sayuti ja. Sayuti tu plak, asal aku bangun ja x nampak batang hidung maklum la YDP la katakan... hehe.. Kami bertolak ke KL sekitar pukul 6.00 petang, asalnya nak bertolak pukul 3.00 petang, maklumla janji budak - budak bujangkan.... hehe.. aku plak kul 3.30 baru bangun hari nie.. hehe.. bangun ja tengok henset PY hantar mesej kata kita btolak lepas Asar. OK,, Lepas Asar pun kami bertolak la ke KL. Sesampai ja kat fly over nak ke lebuh raya Tg. Malim, PY plak baru teringat yang dia terlupa nak bawak baucer buku tu. So apa lagi berpatah balik pulak la kami. Dah alang - alang patah balik tu, aku yang baru bangun dan tak sempat nak breakfast, PY tinggakkan la aku kat kedai Abe untuk kami breakfast dulu (breakfast la sangatkan.. hehe). Sebab tu la sampai pukul 6.00 petang baru kami bertolak ke KL. Sampai ja kat sana kami pun cari la kedai buku MPH kat dalam Mid Valley (MV). Nasib baik la ada GPS aku, tak la sesat nak cari MV tu. Bukan tak tau jalan cuma dah lupa - lupa ingat orang katakan, dah lama tak pi. Dah masuk nak cari kedai MPH tu pulak satu hal lagi. Pusing punya pusing punya pusing tak jugak jumpa - jumpa. Tanya orang kat kedai cenderama tu dia pun tak tau nak bagi direction tapi dia kata kedai tu bukan belah - belah kat tempat yang kami pi tu la tapi kat sebelah lagi. Yang pasti dia kata kedai tu kat level G, kami dah terlajak naik tingkat 1. Kami pun turun la kat level G yang dia kata tu. Memang betoi kat bawah pun, turun ja dengan ekskelator tu terus nampak kedai yang kami nak pi tu. Dah masuk satu lagi hal pulak yang jadi, tak tau nak beli apa pulak... huhu... dari pukul 8.00 malam kami duk situ sampai nak dekat pukul 10.00 malam baru la dapat. Yang dapat tu pulak tak rancang nak beli pun. Aku tengok menarik ja, aku pun apa lagi rembat ja la... huhu... 


Inilah dua buah buku yang aku beli tu. Kedua - duanya untuk Adobe Photoshop. hehe

Selama dekat 2 jam aku kat dalam tu cuma dua buah buku nie ja yang aku dapat.... tu pun puas belek... hehe.. Kedai tu pulak bilangan buku dia mengalahkan Perpustakaan Tuanku Bainun... hihi.. Harapnya lepas nie boleh la aku berseni sikit menggunakan photoshop.... hihi.. Untuk dua buah buku nie aku kena jugak keluarkan duit poket sikit dalam RM0.40. Maknanya harga kedua - dua buku nie RM50.40. Untuk kali nie baru yang nie ja la yang aku terasa nak beli. PY pulak habis dekat RM150.00. Berbelanja sungguh dia nie.. hehe.. ada la dalam 5 buah kot dia bedal. hehe..

Ok dah selesai semua, tak sah kalau tak ronda - ronda KL malam - malam cam nie. Awalnya nak pi Jalan Pasar (JP). Dengan menggunakan khidmat GPS henset aku, kami pun bergerak ke JP , sampai ja kat sana, tengok tak dak apa pun, orang cina ja yang ramai. So tak jadi la nak lepak sana. Tukar plan, ke Bukit Bintang (BB) pulak. Sampai ja kat sana, cari makan malam dulu. pusing - pusing tak nampak pulak kedai yang sesuai. last - last kedai maple (mamak) jugak yang jadi pilihan. Lepas makan kat maple tu kami pi jalan - jalan kat Bintang Walk pulak nak tengok ada apa. hurmmm... benda kat bawah nie ja yang ada :-

kesibukan Kota Metropilitan Kuala Lumpur







 pekena jagung bakaq dulu sat sebelum balik, nyum3... hehe


Lepas makan jagung bakaq tu, kami pun bertolak balik ke TM. Sampai kat TM lebih kurang pukul 12.30 tengah malam, singgah mamak KHAR sat tengok BPL dulu ( Swansea Vs Arsenal ). keputusannya Arsenal kalah 3 - 2. Lepas abis game kami bertolak balik ke rumah kediaman kami di Taman Bernam. Sampai ja kat rumah aku pun apa lagi, belek - belek la buku yang baru beli tadi tu..(OPSSS... aku beli ka? huhu) dah belek - belek terasa nak buat pulak. So aku pun apa lagi try la satu & inilah hasilnya... :-)


boleh tahan la kan untuk percubaan pertama nie... huhu

Ok la sampai sini dulu la untuk kali nie... jumpa lagi... :-) Insyaallah... Best For All.... :-)

Thursday, January 12, 2012

LAST PAPER

Alhamdulillah, hari ini (12/1/2012) merupakan hari terakhir aku menduduki peperiksaan akhir semester. Kertas hari ini adalah kertas ALT3032 - KERJA KAYU, PAIP DAN LOGAM. Kertas - kertas sebelum ini adalah ALT3126 - PENDAWAIAN ELEKTRIK DAN PERALATAN ELEKTRIK DOMESTIK (03/01/2012) dan killer paper ALT 3023 - REKA CIPTA (04/01/2012). Hari terakhir nie aku ambil peperiksaan nie kat dewan keramat UPSI iaitu Dewan SITC. Seperti biasa untuk sem nie semua paper aku start pukul 9.00 pagi. So apa lagi kena bangun awal la. Nasib baik la sem nie untuk time final nie aku senang bangun awal. Kalau time kuliah ka, lagi 10 minit kelas nak start baru nak bangun. hehe.... Tapi hari nie agak lambat la aku bangun dalam pukul 7.00 pagi kalau nak ikut hari - hari lain dalam kul 6.00 aku dah bangun dah. Tapi tak pa ada dua jam lagi, sempat lagi nak stady sikit - sikit lagi kan... :-) 

Dalam pukul 8.40 pagi kami pun bertolak ke destinasi terakhir untuk peperiksaan sem nie. sampai ja kat sana tengok ramai ja pelajar - pelajar PENGAJIAN MALAYSIA, kebetulan ambik exam sama tempat dengan kami. Aku tengok ada lagi yang do belek2 nota.. hehe.. tekun bebenor depa nie... Yang kami pulak bukan nak baca nota ka sembang ilmiah ka kn, tapi yang kami buat adalah :-



 give me 5 - menunjukkan dah abis sem 5... :-)



Sempat lagi berposing - posing sebelum exam... hehe.. Untuk paper hari nie, alhamdulillah la banyak jugak la yang aku konfident boleh buat... hehe... So dengan tamatnya paper tadi maka berakhirlah sem 5 aku di UPSI, sem 6 pula menanti bulan 2 nanti... Wasalam.. Best For All....