Pages

Monday, November 26, 2012

Penggembaraan Singapore

ASSALAMMUALAIKUM....

Lama gila aih aku dah tak update blog nie, jangan - jangan dah ada penunggu pa... hahaha... jangan la... K la hari nie aku nak cerita serba sedikit tentang pengembaraan aku dan rakan - rakan sealiran kos dengan aku kat UPSI ke Singapura atau pun nama lamanya Temasik. Kisahnya bermula hanya cerita di kedai mamak sahaja.. (amboi dah macam lagu bunyinya)... Biasa la kami nie boleh dikatakan pelanggan tegar mamak jugak la, kalau tak lepak kat mamak kami akan lepak kat kedai abg burger depan sekolah Khatolik kat Tg. Malim nie. Cerita punya cerita punya cerita last sekali ahli mesyuarat setuju nak pi ke Singapura. Opss.. lupa nak bagitau plak ahli - ahli mesyuarat selalunya dianggotai oleh aku, Pak Yeh, Rahim, Pullah, Min & Tok Cin (Rizal). Asalnya nak ajak 1 batch pi sana tapi maklum la kalau dah ramai - ramai tu kan, hang ajak aku, aku ajak hang, hang pi aku pi dan macam - macam lagilah kerenahnya, maka last sekali yang on nak pi kami berenam tadi dan ditambah pula dengan Pok Cik Jimbo dan Pali. Aku pun mulanya berat jugak nk pi sebab tak ramai tapi dipikirkan balik dah alang - alang pasport aku yang pi Kemboja hujung bulan 1 aritu pun hidup lagi so aku pun ikut serta ja la... tak la banyak modai nak keluarkan.

Ok dah dapat 6 orang so sekarang nie tugas logistik plak untuk cari penggangkutan ke sana (amboi dah macam buat program lagi, hehe, mestila nak pastikan perjalanan tu lancarkan). Tugas cari pengangkutan nie kami serah kat Pak Yeh sebab dia nie rajin sikit bab - bab search kat internet. Dia pun cari la, pastu dapat la sorang brother nie yang direkemenkan oleh kawan Pak Yeh, dia minta sorang RM100 dari JB bukan dari TM. So dari TM kami terpaksa la cari kenderaan sendiri untuk ke JB. Untuk memastikan kami memininumkan pengeluaran modal kami pun memilih untuk naik KTMB. Kat bawah nie ada sikit gambar kami di atas KTMB untuk ke KL dulu transit kat sana sebelum naik train lain ke JB pada pukul 11.00 mlm. kami naik train kat TM sekitar jam 7.00 mlm ( 2 Mac 2012 ).






Fuhh.. dah la lambat, ekon pun macam ada tak dak ja.... Pastu dah setengah jam perjalanan tiba - tiba boleh plak black out keretapi nie.. memang panas la... nasib baik black out ja, kalau dengan enjin dia pun black out, tak sampai la kami ke JB... Alhamdulillah jugak la... 1 jam 30 minit jugak la kami kepanasan dalan train tu nasib baik jugak la orang pun tak ramai, kalau ramai mau ada yang pengsan kepanasan tak pun pengsan sebab macam - macam bau... hehe




gambar kat bawah nie pulak time kami dah bertukar train utk ke JB.
Tidoq dulu seround dua ( tidoq - tidoq ayam ja orang kata )





Breakfast dulu atas train. Time nie ada la dalam pukul 3.45 pagi.


Sunday, August 19, 2012

SELAMAT HARI RAYA

As-salam,

perghh... lama gila aku tak menulis entri baru, la nie baru nak menulis balik sikit, sikit ja... hehe.. Bukan apa maklum la sekarang sibuk dengan praktikum sebagai guru di SMKA Sheikh Hj. Mohd Said... nantilah aku tulis pasal praktikum aku, sekarang aku nak menulis pasal HARI RAYA AIDIL FITRI... :-) 

Alhamdulillah, setelah sebulan kita menahan diri daripada makan dan minum serta perkara - perkara yang membatalkan puasa, maka hari ini 19 Ogos 2012 bersamaan 1 Syawal 1433 H berayalah kita untuk meraikan kemenangan kita... :-) kat bawah nie ada sikit poster berkaitan raya yang melibatkan aku... 



yang atas nie aku buat sendiri, yang bawah plak Che Matt yang buatkan...



ok lah sampai sini dululah eh, insyallah ada masa kita berjumpa lagi... As - salam & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR & BATIN , Jangan main mercun, bunga api tak apa... :-) Byee.....

Monday, June 18, 2012

Pulut Durian + BBQ

Bismillahirrahmanirrahim... kelmarin (semalam) aku mulakan hari dengan makan pulut berkuahkan kuah durian.. nyum...nyum...nyum... mak aku yang buat taw... sodap... tak terkata.... :-) kat bawah nie aku share sikit gambaran tentang pulut durian nie.. :-)




Terliuq tak...? hehe
Tu pagi, tengah hari pulak aku & family buat BBQ. Malam semalam  p shopping cari bahan - bahan untuk buat BBQ seperti ayam, ikan mabong, ikan siakap n ikan terubuk... perghhhh...




Mesti pelikkan, kata beli bahan kat kedai tapi apa yang abah aku tengah buat nie... hehe.. Sebenarnya, abah aku nie ada bela ikan dalam kolam (kolam la sangat) kat belakang rumah kami nie.. abah aku kata ada ikan haruan, ikan puyu & ikan keli. Jadinya, abah aku nak la tangkap ikan keli nak bakaq sekali, tapiiii...... ikan keli tak dapat dikesan... huhu.. yang dapat ikan haruan ja... so tak jadi la nak bakaq ikan keli, ikan haruan tu dilepaskan balik...

Ok lah. kat bawah nie ada gambar - gambar time aku dengan abah aku bakaq ikan & ayam.... :-









Friday, June 15, 2012

Oh! Durian

Alhamdulillah, hari ini 15 Jun 2012 (Jumaat) merupakan hari kedua aku berada di kampung halamanku iaitu Kampung Johor, Batu Pahat Johor. Hari ini, aku telah dapat makan durian johor....  hehe.. abah aku belanja weiiii..... boleh tahan la harga dia kat sini. Yang aku beli tadi beli kira bungkus. Penuh satu bungkus beg kertas harga dia RM25.00 ada dalam 7 biji. Kalau nak beli kilo macam - macam harga dia ada, ada yang sekilo RM4.00, RM3.00 & ada juga sekilo RM1.00. kalau kat Tg. Malim susah nak dapat sekilo RM1.00 nie walaupun kecik. kat Tg. Malim aku tengok kecik - kecik pun RM10.00 tiga biji. Kat bawah nie antara gambar - gambar durian kat kedai yang aku beli, kat area pekan Batu Pahat nie ja....





1 KG - RM 1 (padahal yang kecik kat belakang, pandai betul permainan depa nie) 

RM 25.00 ( 7 biji ) 

Nyum... Nyum... Nyum...
Pergh.... tak abis makan semua, larat makan 2 biji ja... yang lain - lain akan menyusul untuk dimakan... Yang bestnya ari nie, kucing aku si Syawan pun tumpang sekaki makan durian... hehe.. Mak aku kata dia nie walapun tengah tidur tapi bila bau ja durian mesti bangun n mai minta nak makan... jom tengok dia makan durian... :-)



berselera betul dia makan kan...?? hehe..

HASILNYA....

.
.
.
.
.
.
.
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
V
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.


penangan buah durian... haha..
Ok la... untuk hari ini sampai di sini dulu la eh.. insyallah ada masa kita berjumpa lagi... :-) Best For All.. Wasalam.....

Thursday, June 7, 2012

LAWATAN KALI KE - 2 KE SEREMBAN

Hari ini hari Khamis bersamaan 07/05/2012, aku bersama - sama dengan bakal teman serumah aku di Seremban nanti telah pergi ke Seremban buat kali ke - 2 untuk tengok dan ambil kunci rumah. Lebih kurang dalam pukul 10.00 pagi kami bertolak tapi tak terus ke Seremban, kami singgah dulu kat kedai sebelah KTM Tg. Malim untuk bersarapan. Aku pekena Nasi lemak dulu maklum la pagi - pagi lagi kan... hehe... Lepas satle makan dalam pukul 11.00 - 11.30 pagi baru kami terus bertolak ke Seremban. Perjalanan lebih kurang 2 jam. Aku kalau naik kereta tu besa la, tak sedar diri dah la, sedar - sedar dah sampai... Sebaik sampai kami pun carilah rumah yang dikatakan itu yang terletak di Taman Coral kalau tak silap aku... huhu.. maklum la rumah baru tak sempat nak ingat nama taman lagi. hehe.. nasib baik tak susah nak cari rumah tu, sekali jalan ja terus boleh jumpa dengan alamat tu. Rumahnya satu tingkat jer, tak sempat plak nak ambil gambar.... boleh la setakat nak duduk 7 orang tu kan, selesa la jugak... :-) dekat 1 jam kami dekat rumah tu sambil - sambil dengar tuan rumah bagi briefing kat kami... hehe... mana taknya, geng - geng bujang nak duduk kat rumah dia kan... nasib baik la dia baik, dia kata guna ja apa yang boleh guna kat rumah nie, kalau benda tu rosak nak buat macam mana, tak guna pun dia akan rosak jugak baik guna.. huhu.. ok la kan boleh dikatakan lengkap jugak la barang - barang kat rumah tu, ada TV, peti ais, mesin basuh, dapur gas, pinggan - mangkuk, sofa dll lagilah.... boleh dikatakan lengkaplah barangnya... hehe.. Ok, kunci dah ambil, kontrak pun dan sain, sekarang tunggu masa yang sesuai sahaja untuk angkut barang - barang di Tg. Malim nie untuk ke Seremban. Jadi orang Nogori la plak aku selama 16 minggu nanti...

Lepas dah satle dengan rumah kami p round - round Seremban sat nak kenal - kenal dengan tempat la jugak kan... kami pi Parkson untuk permulaan nie... huhu.. Habis la aku nanti, macam - macam ada kot kat Seremban nie kalau nak dibandingkan dengan Tg. Malim nie... Kami p makan tengah hari kat Nasi Ayam Hainan kat area Seremban nie jugak.. Perghhhh... kena sorang RM8.00... Boleh tahan harga... huhuu....

Lebih kurang pukul 6.00 ptg kami pun bertolak balik ke Tg. Malim, singgah sat kat R&R Rawang untuk Solat pastu terus balik Tg. Malim... Pastu datang idea dari Jimbo nak makan steamboad plak dah kat kedai yang baru dibuka kat Kalumpang. Disebabkan kedai tu pun baru kami pun On je la... Malas nak cita panjang - panjang pasal steamboad nie, silalah layan gambar- gambar kat bawah nie.... ooppss sebelum tu.. makan kat sini dia kira kepala tau, 1 kepala RM20.00, makan sampai muntah... heheehe... kalau bayak kepala pandai - pandai la ampa kira noh.. hehe










 masing - masing dengan gaya tersendiri....

Wednesday, June 6, 2012

BERAKHIRNYA SEMESTER 6

Alhamdulillah, dengan berakhirnya kertas VET 3016 - SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL pada pukul 4.00 ptg tadi maka dengan rasminya aku telah menamatkan pengajian semester 6 aku di UPSI tercinta ini... :-) Kebetulan semester ini aku hanya ada dua sahaja kertas final iaitu semalam ada satu iaitu VEE 3013 - KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP yang aku ambil pada pukul 2.30 ptg semalam (waktu yang sama dengan kertas hari ini).

Lebih kurang situasi yang hampir sama dengan kertas terakhir sem lepas, aku ambil kat DEWAN SITC juga dan sempat juga aku bercandid - candid dengan rakan - rakan seperjuangan yang sama batch dengan aku...

 dan lagi dok belek - belek nota sebelum masuk dewan...




**Semoga Kejayaan Yang Diidamkan Menjadi Milik Kami Semua, Insyaallah**

Sebelum bergerak ke DEWAN SITC, aku dengan rakan - rakan serumah sempat bergambar kenang - kenangan kat depan rumah kami yang bakal ditinggalkan tak sampai sebulan lagi sebelum kami keluar berpraktikum mengikut haluan masing - masing.. huhu.. Macam sedih la plak....

No 4, Taman Bernam Baru dalam kenangan... huhu
(dari kiri : aku, Husaini, Ulul Azmi, Faizul, Akmal Faiz, Asraf, Nazim dan Sayuti) 
sepatutnya ada seorang lain ( Ilias )