Pages

Tuesday, August 23, 2011

Tinggal Kenangan


Caramel - Tinggal Kenangan
====================================
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

tiba - tiba aku rasa semacam ja bila hayati lirik nie...
ermmm... napa la agaknya eh......??? mungkinkah aku..............................???



PRK UPSI 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama rasanya aku x menconteng kt sni maklum la agak bz dengan urusan U. hehehe.. ari nie tergerak plak hati aku nk bercerita tentang pengalaman aku menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi 2011. kalau di luar U kita memangil Pilihan Raya Umum(PRU) tetapi di universiti kita menyebutnya Pilihan Raya Kampus(PRK). Entah macam mana aku telah menjadi wakil umum, aku pun blur ketika mendapat tahu yang aku kena bertanding di kerusi umum yang sememang sukar untuk menang tambahan pula PRK kali merupakan PRK yang mudah untuk menjadi calon sebabnya degar kata Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (TNCHEP), Prof. Shah pada ketika itu telah membatalkan satu daripada syarat sah bertanding iaitu setiap calon perlu mengikuti kursus kepimpinan. Disebabkan itulah kerusi umum telah bertambah menjadi 17 orang berbanding 8 orang tahun sebelumnya untuk merebut 5 kerusi sahaja. Dan salah seorangnya akulah orangnya tapi aku pergi tau kursus tu... hehe... Nie kata bawah nie ada satu poster aku.. huhu...



PRK nie aku tengok lebih kurang sama ja dengan PRU. aku kata macam nie sebabnya kalau kita tgk PRU yang calonnya xla over sangat tapi yang terlebih overnya adalah si pengikut. aku tengok si pengikut - pengikut nie ada yang ok, slow jer tapi ada yang sesetengahnya tu terlalu taksub sampaikan arahan pn dilanggar. ada la satu malam tu time semua calon membuat rapat umum masing - masing, time tu giliran aku dh abis aku pn berdiri r kat bawah bersama - sama orang yang mendengar rapat umum tu. celah - celah dok dengar tu sampai la segerombolan manusia yang mereka ishtiharkan mereka ini sebagai gelombang kuning. ada la kot dalam 100 orang or lebih cam tu. kami yang telah sedia ada kat situ tak mahu berganjak la dari tempat kami sebabkan kami datang awai kn, so sapa cepat blh dok depan r spa lambat dok belakang la kn, adat r. tetapi segerombolan manusia yang juga mengatakan diri mereka ini sebagai mahasiswa n boleh buat apa sahaja yang mereka mahu telah dengan kasarnya menolak - nolak kami sampai aku terasa ada yang menyepak aku. inilah yang dikatakan calon xada apa - apa sangat tapi pengikut yang lebih - lebih. mereka kata mereka ISLAM, abis kami nie bukan Islam? perlu ka kita mengunakan kekerasa macam tu?

Ok la malas la aku nk bercerita banyak2 tentang PRK nie, kalau di ceritakan smpai tahun depan aku x abis mengarangnya. aku ringkaskan je la eh PRK nie. OK, setelah tamatnya tempoh berkempen selama 3 hari yang dibenarkan sampailah waktu untuk mengundi pula. Pada 21 Februari 2011 merupakan hari mengundi untuk kesemua pelajar UPSI. setelah tamatnya proses membuang undi, lebih kurang pada pukul 5.45 ptg Dato' Naib Cancelor (NC) Dato' Aminah Ayob telah membuat pengumuman. nak ditakdirkan aku telah mendapat undian ke - 13 daripada 17 orang calon dengan jumlah undi 1,437. walaupun kalah di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi mengundi aku (Maaf dah lewat sangat wish, hehe).

rasanya sampai di sini dululah aku bercerita tentang diri aku dalam PRK, Insyallah ada masa kita jumpa lagi, 
wassalam.... :-)