Pages

Monday, November 26, 2012

Penggembaraan Singapore

ASSALAMMUALAIKUM....

Lama gila aih aku dah tak update blog nie, jangan - jangan dah ada penunggu pa... hahaha... jangan la... K la hari nie aku nak cerita serba sedikit tentang pengembaraan aku dan rakan - rakan sealiran kos dengan aku kat UPSI ke Singapura atau pun nama lamanya Temasik. Kisahnya bermula hanya cerita di kedai mamak sahaja.. (amboi dah macam lagu bunyinya)... Biasa la kami nie boleh dikatakan pelanggan tegar mamak jugak la, kalau tak lepak kat mamak kami akan lepak kat kedai abg burger depan sekolah Khatolik kat Tg. Malim nie. Cerita punya cerita punya cerita last sekali ahli mesyuarat setuju nak pi ke Singapura. Opss.. lupa nak bagitau plak ahli - ahli mesyuarat selalunya dianggotai oleh aku, Pak Yeh, Rahim, Pullah, Min & Tok Cin (Rizal). Asalnya nak ajak 1 batch pi sana tapi maklum la kalau dah ramai - ramai tu kan, hang ajak aku, aku ajak hang, hang pi aku pi dan macam - macam lagilah kerenahnya, maka last sekali yang on nak pi kami berenam tadi dan ditambah pula dengan Pok Cik Jimbo dan Pali. Aku pun mulanya berat jugak nk pi sebab tak ramai tapi dipikirkan balik dah alang - alang pasport aku yang pi Kemboja hujung bulan 1 aritu pun hidup lagi so aku pun ikut serta ja la... tak la banyak modai nak keluarkan.

Ok dah dapat 6 orang so sekarang nie tugas logistik plak untuk cari penggangkutan ke sana (amboi dah macam buat program lagi, hehe, mestila nak pastikan perjalanan tu lancarkan). Tugas cari pengangkutan nie kami serah kat Pak Yeh sebab dia nie rajin sikit bab - bab search kat internet. Dia pun cari la, pastu dapat la sorang brother nie yang direkemenkan oleh kawan Pak Yeh, dia minta sorang RM100 dari JB bukan dari TM. So dari TM kami terpaksa la cari kenderaan sendiri untuk ke JB. Untuk memastikan kami memininumkan pengeluaran modal kami pun memilih untuk naik KTMB. Kat bawah nie ada sikit gambar kami di atas KTMB untuk ke KL dulu transit kat sana sebelum naik train lain ke JB pada pukul 11.00 mlm. kami naik train kat TM sekitar jam 7.00 mlm ( 2 Mac 2012 ).






Fuhh.. dah la lambat, ekon pun macam ada tak dak ja.... Pastu dah setengah jam perjalanan tiba - tiba boleh plak black out keretapi nie.. memang panas la... nasib baik black out ja, kalau dengan enjin dia pun black out, tak sampai la kami ke JB... Alhamdulillah jugak la... 1 jam 30 minit jugak la kami kepanasan dalan train tu nasib baik jugak la orang pun tak ramai, kalau ramai mau ada yang pengsan kepanasan tak pun pengsan sebab macam - macam bau... hehe




gambar kat bawah nie pulak time kami dah bertukar train utk ke JB.
Tidoq dulu seround dua ( tidoq - tidoq ayam ja orang kata )





Breakfast dulu atas train. Time nie ada la dalam pukul 3.45 pagi.





Akhirnya sampai juga di Stesen Keretapi Johor Bharu



Pagi tu Brother Naim bawak kami pi mandi kat Masjid Abu Bakar. Bagi cergas - cergas sikit sebelum masuk ke Singapura


Untuk menjimatkan kos kami makan pagi dulu kat JB. katanya makanan kat Singapura mahal - mahal. :-)
Bro Naim bawa kami makan kat tempat yang spesel. dia la kata... hehe.. boleh la..






Sebelum masuk ke Singapura pastikan tukar dulu duit ke Dollar Singapura bagi memudahkan perjalanan nanti. Aku dah tukar sek siap dah time kat TM lagi, semangat la katakan. hehe. Pagi nie Pak Yeh sorang ja yang tak tukar duit lagi..



Ok kita dah sampai kat sempadan Mas-S'pura
Untuk pengetahuan, kita kena melepasi dalam 3 sekatan untuk pemeriksaan sebelum dapat melangkah masuk ke tanah Singapura nie. Ketat gila kot. Menurut Bro Naim, kalau dari S'pura ke Mas 1 sekatan ja..
macam - macam jugak la depa nie check dari Pasport n IC, kereta, n yang paling penting kalau kita bawa kenderaan sendiri ke S'pura kita mesti kena ada Autopass (lebih kurang macam tough n go la kalau kat Msia nie), katanya Autopass nie nak guna bila nk parking kereta ke nak masuk ke mana - mana yang memerlukannyalah. Kiranya wajib adalah benda nie.














Ok, dekat setengah jam jugak la duduk kat sempadan tu akhirnya dapat juga kami masuk ke bumi Singapura nie.. Untuk cerita selanjutnya boleh la tengok gambar - gambar kat bawah nie



































On the way ke Universal Studio Singapore ( USS )














Bro Naim bagitau kalau nak masuk dalam USS nie 1 hari pun tak cukup & setakat pi 1 hari memang tak berbaloi sebab nanti duduk dalam tu ja & dah tak sempat nak ke lain pulak. satu lagi tiket nak masuk kalau tak salah aku dalam SD70 kot (RM140++ kalau tak salah aku) perghhhh.... boleh tahan la harga dia tapi Bro Naim kata tak rugi kalau masuk dengan harga tu...



Seterusnya di Malaysian Food Street:
Kat sini menarik sebabnya keseluruhan kedai kat dalam nie berwajah Malaysia... Jom tengok suasana dia






Sekali tengok macam pekan ja padahal dalam bangunan

























Bersantai dulu setelah penat berjalan satu Pulau Sentosa nie, padahal baru setengah ja.. haha



Lepas nie ke mana pulak kita???





Pengembaraan Teh


Lori nie dikatakan lori Sudin dalam cerita bujang Lapok






Aummm...!!! Aummmmm!!




Best Bro...!!!




Pulau Siloso





Airnya yang jernih



Betapa dalamnya laut nie sampai kapal Kargo pun boleh berdekatan dengan darat















Jam menunjukkan sudah 5.00 ptg, perut pun sudah berbunyi so kami pun singgah makan dulu di Restoran Hjh Maimunah. Katanya pemilik restoran nie orang Melayu. Boleh tahan jugak la harga dia aku kena dalam SD4.5 lebih kurang RM9.00. Aku ambik nasi putih + Ayam seketul + sayur + sambal belacan



















Destinasi Seterusnya Marina Bay























untuk pengetahuan di sebelah kanan hujung sekali (baju kuning) tulah Bro Naim, pemandu pelancong kami



Untu melihat sekitar Marina Bay dengan lebih dekat aku, Pak Yeh, Jimbo, Rizal & Pali akan menaiki bot pelancong nie. Bayaran dia seorang SD 18 (sekitar RM36++). Perjalanan bot nie sekitar 45 minit. Sekarang jam menunjukan pukul 7.30mlm. Ini bermakna aku akan duduk kat atas bot nie dari ada matahari sampailah matahari terbenam... Tengok gambar - gambar kat bawah nie












Bangunan yang menakjubkan






















Semakin malam





Sudah gelap




Candid - candid dulu.. :-)








Sudah penat berjalan seharian, so sebelum pulang ke Malaysia kami dinner dulu di kedai mamak. Menariknya di sini aku tengok, kebanyakkan masakan dia semuanya berwarna merah, dari bergoreng hinggalah ke berkuah, semuanya berwarna merah. Tengok sahajalah gambar kat bawah nie




Gear Box pun warna merah... tapi rasanya perghhh... slurgghhh........ nyum..nyum...nyum...




Begitulah akhirnya pengembaraan kami di bumi Temasik, Sekarang kami sudah sampai ke tanah air tercinta Malaysia sekitar jam 1.00 pagi. Kami berjalan - jalan dulu di sekitar pasar karat yang agak besar nie.. lebih kurang macam uptown la... 




kami menaiki keretapi 4 Mac 2012 dalam pukul 11.00pagi untuk balik ke Tg. Malim. Semalamnya kami tidur di surau di KTMB JB. Pada pagi nie kami telah melalui satu pengalaman yang baharu di mana kami telah di marah oleh abg polis yang boleh dikatakan perasan bagus sebab jadi polis kot, hehe.. sori abg polis. Kami telah diherdik yang mana ayat dia berbunyi lebih kurang macam nie "Bangun!! Bangun!! Bangun!! Tak boleh tidur kat sini, Tak tahu baca ka dia tulis apa kat sini. lebih kurang macam tu la ayat dia... tapi aku rasa macam pedih lagi ayat dia kata kat kami.. haha.. biar la kat dia...Tapi yang bagusnya ada sorang abg polis tu mungkin kawan dia kot, datang balik kami kami & minta maaf kat kami... tak pa la bang kami maafkan. memang betul tak boleh tidur kat surau tu kan tapi tak boleh ke tegur kami elok - elok. Bukan kami ja yang tidur kat situ, aku tengok yang berpangkat pak cik pun ada tidur kat situ.. huhu.. tak pa la benda dah lepas dah pun kan... :-)



Akhirnya, Sekitar jam 6.30ptg macam tu la kami selamat tiba di Stesen Kereta Api Tg. Malim... Alhamdulillah.... Walaupun hanya sekitar 16 jam sahaja di bumi Singapura tapi pengalaman kami berlapan tidak mudah dilupakan... Bila lagi nak boleh pi negara orang kan.. lepas nie tak tau la boleh pi lagi ka dak dah.. Sekurang2nya aku dah pernah sampai.. Alhamdulillah... :-) Disebabkan barang - barangkan kat sana mahal aku tak beli apa - apa pun sebagai cenderahati... hehe.. ok la kat bawah nie ada sedikit montaj  untuk tatapan bersama.. :-)


Ok la insyallah kalau umur panjang kita jumpa lagi,,, Assalammualaikum... Best 4 All...... 

No comments:

Post a Comment