Pages

Monday, February 27, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA 1

Salam dan selamat sejahtera... Entri kali ini aku akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja yang aku sertai bermula dari 27 Januari hingga 1 Februari 2012. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta, seorang pegawai pengiring dan 2 orang paramedik dari Pusat Kesihatan UPSI. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2011 yang juga merupakan program lanjutan yang telah dijalankan oleh MPP UPSI sejak 4 tahun dulu lagi.

Dengan menaiki penerbangan Air Asia, no. penerbangan AK 1472 dijadualkan bertolak dari LCCT pada pukul 7.05 pagi atas tiket dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dua jam kemudian sekitar 9.00 pg waktu Malaysia @ 750 pagi waktu Kemboja. Sebaik tiba di Kemboja, kami disambut oleh Ustaz Hasan yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kami dan juga bertanggungjawab menyusun kampung mana yang sepatutnya mendapat sumbangan yang kami bawa dari Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kemboja. Kami diberi 2 buah van dan sebuah cooster untuk kemudahan pengangkutan di sana. Lokasi pertama yang kami tuju adalah sebuah muzium yang menempatkan mangsa - mangsa kekejaman tentera Pol Pot. berikut merupakan gambar - gambarnya. Kami ke sini kerana terdapat sedikit masalah untuk terus ke kampung yang sepatutnya dijadualkan.

 











Gambar - gambar di atas merupakan bekas penjara yang digunakan oleh tentera Pol Pot untuk mengurung dan menyiksa mangsa - mangsanya. Terdapat juga rangka - rangka mangsa pembunuhan kejamnya di tempat ini. 


Kemudian, kami bergerak pula ke satu lagi tempat yang boleh dikategorikan sebagai agak seram dan menakutkan iaitu tempat yang digunakan oleh tentera Pol Pot untuk membunuh mangsanya secara kejam. berikut merupakan gambar - gambarnya :





 Tempat himpunan tengkorak sebenar






  






 


Ini merupakan sisa - sisa tulang manusia 

Ini pula adalah sisa - sisa pakaian mangsa kekejaman Pol Pot 



Gambar ini merupakan gambar tulang manusia yang sebenar yang dipamerkan 

Ini merupakan ratusan @ ribuan tengkorak sebenar mangsa kekejaman Pol Pot yang dijadikan bahan pameran.

Kalau di Malaysia kita tak akan dapat muzium yang seperti ini. Apa yang menakutkan dan menyeramkan adalah kita akan berjalan di sekeliling muzium ini di atas tulang - tulang sebenar yang tidak dikutip dan disemadikan. berkemungkinan jika hari hujan akan nampak lebih banyak tulang - tulang yang bertaburan di kawasan ini.

Kemudian, kami bergerak pula ke Kedutaan Malaysia di Kemboja bagi berjumpa dengan Duta Malaysia di Kemboja iaitu Datuk Pengiran Mohd Hussein Mohd Tahir Nasruddin. Kami merupakan deligasi yang bertuah kerana dapat beramah mesra dengan Duta Malaysia di Kemboja kerana menurut beliau, sukar untuk para pelajar datang dan berjumpa dengan beliau, selalunya beliau akan mewakilkan staf beliau sahaja. Rombongan kami turut disertai dengan ketua deligasi iaitu TNC HEP UPSI, Dato' Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar. Berikut beberapa gambar yang sempat di ambil :











 Dato' Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar, TNC HEP, UPSI

Ustaz Hasan,
Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kemboja





Itu sajalah untruk hari pertama, kami kemudiannya bertolak ke perkampungan yang akan menginap untuk beberapa hari sepanjang misi kemasyarakatan kami iaitu di Kampung Phum Toal, Srok Trolach, Chenam, Kemboja. 

Insyallah akan saya sambung pada entri akan datang untuk perjalan selanjutnya... :-) Best For All

No comments:

Post a Comment