Pages

Wednesday, March 7, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA (Hari ke - 2)

28 Januari 2012 - Aktiviti pada hari ini bermula seawal jam 5.00 pagi. Kami bangun, mandi, dan bersiap sedia untuk solat subuh. Selesai solat subuh, jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi, kami pun berkumpul di hadapan rumah tumpangan kemudian bergerak bersama-sama ke kedai makan berhampiran Depot Tella untuk bersarapan pagi. Hidangan untuk sarapan pada pagi itu ialah sup bebola daging dan kopi susu Vietnam, kopi ini telah membuatkan aku ketagih untuk meminumnya setiap hari, pantang pi kedai makan ja mesti aku order kopi nie, hehehe.... Menurut tuan kedai, hidangan tersebut merupakan salah satu hidangan istimewa di kampung tersebut. 







Setelah itu, kami berjalan kaki ke tapak aktiviti untuk hari ke-2, iaitu di Masjid Nurulhidayah, Kg Brai Bis. Kami telah menjalankan tugas masing-masing. Ada yang bertugas untuk membersihkan tapak aktiviti, ada yang bersiap sedia untuk persiapan akikah, persiapan untuk sesi modul, ada yang pergi membuat tinjauan rumah-rumah yang daif dan rosak, serta beberapa tugas-tugas yang lain. Aku, Suman, Mie Own, Shahrael (pengarah) dan Shahril (Timb. Pengarah) ditugaskan untuk mencari rumah - rumah keluarga yang miskin dan daif untuk dibantu dari segi pemberian atap rumah. Tetapi di kampung ini kebanyakan rumah - rumahnya sudah cantik dan agak moden.










Tempayan nie kalau di Malaysia kita gunakan untuk membasuh kaki tetapi di Kemboja mereka guna tempayan ini untuk menyimpan air minuman.

Ini adalah rumput kering yang dilonggok untuk diberikan kepada lembu untuk dimakan. ketinggian rumput ini apabila dikumpul boleh mencecah bangunan 3 - 4 tingkat dan mungkin juga lebih. Rumput ini diperlukan semasa musim - musim tertentu seperti musin panas kerana tiada makanan atau rumput segar ketika itu.

Ini antara rumah yang agak moden yang boleh dilihat. 


Ketika kami mencari - cari rumah yang daif yang hendak diberi bantuan aku ternampak sebuah rumah batu seakan - akan rumah di atas ini tetapi rumah itu hanya setingkat, aku bertanya kepada brader yang bawa kami tu (aku x ingat plak nama dia) milik siapa rumah itu, dia kata rumah tu milik seorang kontraktor yang bekerja di Malaysia. Dalam hati aku berkata, patut la ramai sangat pendatang asing yang datang untuk bekerja di Malaysia sebabnya bila mereka pulang ke kampung mereka boleh beli tanah dan boleh bina rumah batu yang dikelilingi oleh rumah - rumah atap. Cari punya cari punya cari, kami tidak dapat rumah yang sepatutnya diberi bantuan. Kami pun pulang semula di tempat aktiviti lain yang sedang di jalankan iaitu di masjid.

Ketika di Masjid pula aku menolong ajk aktiviti untuk menjalankan modul - modul yang dirancangkan oleh mereka. Aku dipilih untuk menjadi fasilitaor bagi kumpulan yang sudah bijak ABC... dan juga 123... Kumpulan ini akan diajak berbahsa Inggeris tetapi cuma yang asas je contohnya A for Apple, B for Ball C for ...... begitu la sampai tamat slot. Ketika sesi ini dijalankan kami diperhatikan oleh ketua deligasi iaitu Dato' Paduka Dr. Junaidi bin Abu Bakar. Slot ini berakhir sekitar jam 12.00 tgh hari. Seterusnya, kami dijamukan dengan makanan yang lazat - lazat berasaskan lembu kerana pada hari ini ada aktiviti aqiqah dijalankan.















Dato' TNC & Pn. Hajjah Zainab
 

Nyum...Nyum...Nyum.... terbaik dari ladang... :-) yang paling aku xleh lupakan rasa sambal belacan dia... bukan sambal belacan Malaysia k.. ini sambal Kemboja... Rasa dia... pergghhh.... tak boleh dilupakan... huhu.. Begitu juga dengan rasa nasi dia yang gebu dan rasa seakan - akan rasa pulut.... sssllluurrrrppppp.... Lepas makan terlentang kejap kekenyangan...... hehehe..... :-)

Aktiviti seterusnya dimulakan pada pukul 2.00 ptg, aku bersama rakan - rakan yang lain berjalan ke seluruh kampung bagi menyampaikan barang - barang sumbangan yang kami bawa bersama. 





Kemudian, kami dikejutkan dengan penemuan sebuah keluarga yang amat menyayat hati kami semua iaitu sebuah keluarga 5 beradik yang kehilangan bapa akibat kematian dan kehilangan ibu akibat melarikan diri meninggalkan mereka tanpa mengetahui sebabnya.



Ini merupakan abg yang sulung dalam keluarga ini, bersama dengan adik bongsunya. Kami difahamkan dia berusia 14 tahun (yg lain2 aku x ingt plak... huhu). 
Salah seorang adiknya bersekolah asrama di kampung sebelah (nasib baik sekolah percuma). dia akan keluar pagi -pagi untuk mencari makanan bagi menyara adik - adiknya. Dia akan ke sungai untuk mencari ikan. Ketika dia keluar untuk mencari ikan, adik - adiknya akan bermain - main di sekitar kampung. ketika mendengar cerita dari orang kampung berkaitan keluarga ini rasa sebak ja dalam hati ini dengan tengok keadaan mereka dan juga rumah mereka yang berlubang sana sini. Ntah bila la kali terakhir mereka mandi pun tak tahu.

Bekas ini merupakan bekas yang digunakan untuk memasak makanan mereka. Sekali tengok macam bekas yang kanak - kanak di Malaysia gunakan untuk main masak - masak. Tempat ini dijadikan dapur dan terletak di bawah pokok di hadapan rumah mereka.

Dari sini kita dapat lihat begitu banyak kesan - kesan lubang. Cuba kita bayangkan ketika hari hujan, sudah pasti adih - beradik ini akan berada dalam kesejukan.

Melihat keadaan adik - beradik ini, kami telah mengambil keputusan untuk membantu mereka dari banyak segi antaranya memberikan duit, sejadah, Al-Quran, pakaian baru dan yang paling penting beras untuk mereka makan dan juga atap baru untuk ditukar dengan yang dah berlubang - lubang itu. Berikut merupakan gambar semasa proses membeli pakaian baru bagi keluarga ini.




Sebelah malamnya kami, ajk kami sekali lagi pergi ke rumah keluarga ini untuk diambil dan dimandikan, Kami tak pergi di sebelah malamnya, tetapi aku difaham yang ketika mereka sampai di rumah keluarga ini, alangkah terkejutnya mereka melihat salah seorang ahli keluarga ini sedang mengorek - ngorek bekas makanan yang aku tunjukkan di atas tadi untuk mencari sisa - sisa makanan yang masih boleh dimakan. Dengar akan cerita itu aku berasa bersyukur kerana di lahirkan di Malaysia yang penuh dengan makanan. Berikut ini pula gambar - gambar ketika mereka dimandikan oleh pegawai kesihatan dan dibantu oleh ajk kami, mereka juga diberi rawatan asas seperti membersihkan luka - luka, memotong kuku dan lain - lain :















Setelah seslesai semua, adik - beradik ini dihantar pulang ke rumah mereka. Entah apa la mereka buat sekarang ini..... Seperti kelaziman berprogram pasti akan ada sesi post mortem. Lepas habis post mortem, semua ajk naik tidur kat tempat masing - masing, hanya tinggal aku, Suman dam Min sahaja yang tidur di bawah. Dua malam berturut - turut kami tidur kat bawah. Best tidur kat bawah sambil temani dengan abang - abang RELA dan juga Johnny (anjing)...  Sampai di sini dulu la cerita aku untuk hari kedua kami dalam misi Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja 2011. Insyallah berjumpa lain kalau dipanjangkan umur... Best For All.... :-) Wassalam....


1 comment:

  1. boleh saya dapatkan contact number untuk bertanya lebih lanjut?

    ReplyDelete