Pages

Sunday, May 4, 2014

Back To Nature 2014

Wahhhh.... tajuk omputih kali nie... haha.. dah lama tak megarut kat sini, tiba2 muncul terus tajuk omputih... Bukan apa setelah menunggu panggilan posting yang belum kunjung maka aku diajak untuk menyertai expedisi Back to Nature 2014 yang mana program ini disertai hanya 5 orang sahaja termasuklah aku.. Program ini berlangsung selama 2 malam dan 2 hari (malam Rabu, 30 April - Jumaat Petang, 2 Mei 2014) kat bawah nie menunjukkan anggota peserta Back To Nature 2014

Dari kiri : Azmi(KH), Jimbo(KH), Azlee (Aku)(KH), Sabri(PAI), Iman(PJK)
Semua peserta merupakan bekas pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) yang masih menunggu panggilan penempatan setelah hampir 8 bulan bergraduasi. 3 orang kos Kemahiran Hidup (KH), seorang kos Pendidikan Agama Islam (PAI) dan seorang kos Pendidikan Jasmani dan kesihatan (PJK). Mereka semua sekarang ini menjadi guru ganti di Kota Tinggi, Johor kecuali Jimbo yang menjadi guru ganti di Segamat. Aku pulak tak dak ganti sapa2, cuma buat bisness kecik2 ja kat pasar malam. Nak buat macam mana kan dah 8 bulan aku minta guru ganti, habuk pun tak dak.. tak dak rezeki la tu, harap ada rezei kat KPM terus la..... Ehhhhhhhh.. aku dah melalut jauh dari tajuk nie. haha.

Berbalik kepada Program Back To Nature, program pertama adalah perkhemahan 1 malam di Pantai Minyak Beku, Batu Pahat. Program dijangka bermula pada pukul 8:30 malam. tapi apakah daya kita hanya merancang, Tuhan jugaklah yang menentukan. Program terpaksa ditunda sehingga pukul 11:30 malam kerana menunggu si Jimbo yang botak tu, katanya bas rosak.. haha.. Lepas ja ambik si botak nie kami meneruskan perjalanan kami ke Pantai Minyak Beku yang mengambil masa sekitar 30minit dari rumah aku. Sesampai ja kat sana kami tengok punya la ramai orang yang dok bertenggek kat atas batu di pesisiran pantai. cari punya cari port untuk dirikan khemah, akhirnya dapat satu port yang hampir jugaklah dengan hutan. nak kata hutan pun tak jugak sebab atas hutan bukit tu ada rumah api. Kami pun apa lagi dirikanlah khemah dan nyalakan bara dan unggun api. 



 

Aktiviti makan-makan habis dalam pukul 2:30 pagi... Tengok keadaan sekeliling orang semakin lama semakin sikit dan ranger kawasan situ pun ada datang tanya kami nak bermalam kat situ ka? berapa orang semua? lepas dah jawab, respon yang paling best kami dapat adalah dia cakap "elok la, korang tolong la tengok-tengokkan pantai nie, apa-apa hal jerit ja, rumah kami kat belakang tu ja (sambil suluh ke arah 1 rumah yang gelap yang dikelilingi dengan kawat besi). Keadaan pagi makin gelap pekat dan cuaca yang tadi panas tanpa angin, kini makin lama makin kuat anginnya. Sekitar pukul 4:00 pagi, pengunjung yang ada tadi kebanyakkannya pemancing kini sudah tiada lagi, yang tinggal hanya kami berlima sahaja. dalam keadaan yang angin makin kuat dan hujan mulai turun rintik-rintikan dan makin laju serta dalam keadaan yang sesekali kelihatan kilauan kilat beserta bunyi guruh kelihatan awan yang sangat pekat di tengah - tengah laut Selat Melaka itu. Tidak lama kemudian hujan turun tidak begitu lebat tapi angin yang sangat kencang sehinggakan boleh menerbangkan 2 buat khemah kami dan telah memaksa kami untuk mengubah khemah kami masuk ke dalam sebuah wakaf yang ada di situ. Angin terus menerus kencang beserta dengan air hujan menyebabkan aku tidak boleh tidur dengan tenang manakan lagi memikirkan keadaan sekeliling yang tiada orang lain selain hanya kami berlima. Akhirnya aku mengambil keputusan untuk melelapkan mata sekejap di dalam kereta Azmi.. hahaha.. padan muka hampa semua tidoq dalam kebasahan aku tidoq dalam kereta... haha..

Sekitar pukul 5:30pagi, Azmi dengan secara tidak rasminya menjadi tukang kejut kami dari tidur untuk bersiap bagi mendaki Bukit Soga pulak. Dalam pukul 6:30pagi setelah siap berkemas kami bergerak pulang ke bandar Batu Pahat dan singgah sebentar di Masjid Lama Batu Pahat untuk solat Subuh dan bersiap untuk mendaki pulak


  

Setelah bersiap dalam pukul 7:00pagi, kami terus bertolak ke kaki Bukit Soga bagi menjalankan aktiviti mendaki Bukit Soga.

tudia nampak dah puncak dia dari atas jalan raya
Macam biasa sebelum aktiviti bermula, candid-candid seraound dua dulu.. haha



Maka bermulah aktivi mendaki Bukit Soga, kalau tengok kata papan kenyataan katanya perjalanan ke menara pandang dalam 700++ Meter jer...



Tiba-tiba dalam pertengahan perjalanan kami, kami ditemani oleh penduduk tetap kawasan nie. cuba la tengok gelagat dia, dia datang dari belakang kami dan memotong kami, bila dia dah kat depan kami dan potong pulak dia tak bagi, buat muka garang boleh.. haha.. nak tak nak kena la ikut dia sampai ke hujung besi tu... jenuh jugak la ikut dia nie sbb tengok kaki dan tangan kiri dia macam ada masalah sikit, macam terkulai ja nampak... tapi masih steady ja panjat pokok.. hehe




Akhirnya perjalan cuma ambil masa 30-40 minit sahaja tapi dia punya laluan, Masyallah boleh tahan, sampai terketaq-ketaq kepala lutut dibuatnya...




amboihh sakan berselfie dgn batang kayu, mentang-mentang la tema Back To Nature.. haha
 

 


Macam-macam ragam aih budak-budak nie
Lepas dah turun dari Bukit Soga, aktiviti kami diteruskan ke Pasar Karat, Batu Pahat untuk bersarapan dan juga cuci-cuci mata tengok barang-barang karat..

 


lepas dah cuci mata kat pasar karat, kami pun balik untuk berehat sebentar bagi memulakan aktiviti petang pulak iaitu ke Kolam Air Panas Sg. Gresik, Muar. Hajatnya nak la berenang-renang macam kat Kolam Air Panas Ulu Lenggong,Baling, Kedah.Sesampai ja kat sana hampa seribu harapan.. haha.. yang ada cuma kolam bulatan sahaja, nak berenang-renang memang tak boleh la yang boleh cuma rendam-rendam kaki saja la... Tp aku memang tak bawak baju salin pun.. haha... ce tengaok gambaq kat bawah nie...


tengok.. cantik bukan.. mcm mna nak berenang-renang kan.. huhu

Ok la, aktiviti petang abis kat sini ja.. kemudian aktiviti malam pulak, aktiviti nie terkeluar dari tema sebab aktiviti nie tengok wayang.. haha.. memang jauh dari tema la... huhu.. movienya Spiderman 2...

Layan aje la...
Last aktiviti pada keesokkan harinya, hajat nak p mandi kat Gunung Lambak, Kluang.. macam biasa la.. pergi la ke sana dengan memakan masa sekitar 45 untuk sampai ke destinasi. tapi yang tukang bawak tu pun.. ingat dia tahu.. 3  4 kali jugak la pusing-pusing, pi mai pi mai last-last tang tu jugak.. haha.. last skali pi tanya kat gerai tepi jalan ja.. lepas dah dapat arahnya, kami pun ikut la arah yang dikatakan tu.. sampai ja kat sana kecewa sekali lagi menyelubungi diri, mana taknya ingatkan boleh mandi air terjun, tapi yang ada hanyalah macam gambaq kat bawah nie.. huhhuhu




ada la sikit ayaq terjun kat bawah titi gantung nie tapi takat buku lali ja... huhu
Dengan berakhirnya aktiviti kat Taman Tema Gunung Lambak, maka berakhirlah Program Back To Nature 2014... Insyallah ada masa nanti kita jumpa lagi mungkin dalam Program Back To Nature 2.0 yang lebih mencabar dengan senarai aktiviti yang lebih sempurna dan tersusun.. :-)

Wassalam.. Best For ALl....

1 comment: