Pages

Thursday, September 19, 2013

KONVOKESYEN UPSI

wahh.. khusyuknya dok tengok, dengan sapa tu? hehe
Syukur Alhamdulillah, pada 12 SEPTEMBER 2013 aku sudah bergelar ALUMNI ANAK KANDUNG SULUH BUDIMAN UPSI. Setelah 4 tahun mencari ilmu di bumi Mualim Tg. Malim akhirnya aku berjaya menamatkan pengajian aku dengan memperoleh IJAZAH SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEMAHIRAN HIDUP) DENGAN KEPUJIAN KELAS PERTAMA. 4 tahun dahulu aku bermula dengan 0 dan akhirnya aku berjaya beroleh kejayaan di puncak menara gading ( cewah ayat.. hehe )

zaman kena buli kat KZ UPSI, best kot.. hehe
Gambar kat atas nie merupakan gambar minggu suai kenal Kolej Za'ba UPSI. Minggu nie kiranya baru nak kenal apa itu Universiti. nak2 aku nie first time plak duduk kolej (hostel) nie kan.. so macam - macam la nak kena belajar kan.. Apa - apa pun alhamdulillah dapat la merasa dok kolej 1 tahun ( 2 sem ). masuk tahun ke 2 dan seterusnya aku dah tak duduk kolej, aku duduk umah sewa plak. bebas sikit nak keluar masuk kalau duduk luar cuma keselamatan la kurang terjamin sikit. Tapi keselamatan dalam kolej pun bukannya terjamin pun, ada ja kes kecurian yang berlaku cuma tak dihebohkan jer.... disebabkan aku lelaki so tak kesah sangat la nak duduk luar nie kan.. :-)

opss... macam dah lari tajuk plak.. hehe.. aku merepek hari nie sebab nak cerita pasal konvo la bukan minggu suai kenal.. hehe.. ok, back to the topic, kat bawah nie ada sikit gambar - gambar konvo aku.. :-

aik macam mana boleh duduk atas pentas nie..?? hehe

siap bagi ucapan pulak...
Satu lagi pengiktirafan yang tidak ternilai bagi aku apabila aku diberi mandat untuk menjadi wakil graduan untuk menyampaikan ucapan semasa Istiadat Konvokesyen Sesi 5. Terkejut juga aku apabila mendapat panggilan untuk diberi tanggungjawab ini. Awalnya nak juga tolak tapi difikir-fikirkan balik, mungkin hari itu merupakan hari terakhir kelibat aku di UPSI, maka aku pun menerima tanggungjawab itu. Gemuruh jugak la aku kat atas pentas tu bersama - sama orang - orang besar UPSI. Tak kesah la aku apa orang nak kata kat aku lepas aku bagi ucapan itu, maklumla aku nie bukan orang bahasa nak cakap menggunakan intonasi formal, aku nie graduan teknikal kan so aku cakap biasa - biasa la... terkeluaq jugak la loghat Kedah aku tu.. hehe.. tapi tak pa sebab Naib Canselor dan Pro-Canselor pun orang Kedah jugak, Pro-Canselor releks ja cakap Kedah.. hehe.. Sori boss... ok la layan pulak gambar yang lain.

"Kami sudah Konvo"
 

bersama abah, mak dan ehem2... 


Me & loving Dad






cukup la dulu setakat nie... :-)

Sekarang aku dalam proses untuk membuat pertukaran pinjaman kepada biasasiswa PTPTN. Tapi malangnya pihak PTPTN nakkan cop pengesahan salinan transkrip dan ijazah oleh PEGAWAI di unit pengijazahan sahaja, pegawai lain dia xmau. yang tu la yang jadi masalah sekarang nie. Sebabnya, orang kat akademik tu cakap, pegawai tu tak dak, dia cuti 1 MINGGU... wahh.. hebat betul, cuti sampai satu minggu. mengalahkan cuti raya lagi. aku time praktikal dulu jangan kata 1 minggu, 1 hari nak cuti pun bukan main susah lagi, lagi 1 katakan saudara terdekat meninggal, pun 1 hari ja boleh cuti... syok jugak noh jadi pegawai nie, senang - senang ja cuti 1 minggu.. nak jadi pegawai la kalau cam nie.. huhahahaa....... ok la aku cau dulu, nanti macam - macam pulak yang aku ceritakan..harap berjumpa lagi di lain entry.. Bye.. Wasalam.. Peace 4 All...

6 comments: