Pages

Friday, September 27, 2013

Permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA

Alhamdulillah, setelah 15 hari Istiadat Konvokesyen aku, baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA. WAJIB buat tau sebab dapat 'first class'. hehe.. Ok kepada sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jugak bolehlah mohon untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa. Itu hak kita tau.. Jangan ingat kalau dah dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada biasiswa yer. kita WAJIB buat permohonan.Kalau tak, sampai bila-bila pun tak tukar jadi biasiswa.

Ada syarat-syarat dia k :
  1. Mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
  2. Mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda (untuk diploma, master ka tak layak eh )
  3. Ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA (utk IPTS sahaja)


Ok ni cara - caranya nak hantar permohonan;

1. SURAT RASMI


Pastikan  buat surat yang menyatakan kita memohon untuk menukarkan pinjaman kita kepada biasiswa. Yerla takkan tiba - tiba bagi borang ja kan. Adanya surat ni memudahkan pihak PTPTN buat rekod. kalau kita nak telefon PTPTN untuk tanya apa - apa senang sebab surat kan ada  tarikh. Buat surat nie bahasa perlu formal. Isi kandungan tepat dan padat tak yah nak meweh - leweh sangat la.. hehe

2. BORANG AKUAN PENERIMAAN BIAYA ( Pin 6)

berdasarkan blog - blog yang aku tengok, banyak yang hantar botang akuan pelajar, tapi aku dah pastikan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan dan dia kata memang kena hantar borang akuan penerimaan biaya (Pin 6)

 

Borang ni boleh didownload dari website PTPTN :
boleh juga klik sini --> Borang Akuan Penerimaan Biaya
Dah download silalah isi yer
Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN PULAK!

3. SALINAN IJAZAH DAN TRANSKRIP
Satu salinan Ijazah Sarjana Muda

Satu salinan transkrip
Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN AKADEMIK di Universiti tempat kita belajar SAHAJA.
Jangan pulak pi mintak kat ketua kampung/ex-supervisor/dekan fakulti atau pun orang dalam ka (kecuali orang dalam anda tu mmg Pegawai kat UNIT PENGIJAZAHAN tu) yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak boleh!

4. SURAT PENGESAHAN KELAS PERTAMA


Kalau dalam ijazah kita tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', Ijazah dari UPSI memang tak dak tulis pun tapi tak pa pihak akademik dah masukkan sek siap dalam sampul surat lepas kita hantar balik jubah kita tu. Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun aku, surat nie perlu diserahkan yang ORIGINAL. kalau pegawai lain aku tak tau la dia nak ke tak salinan. Pegawai aku nie dia memang tak mau. So aku bagi je la yang original.

5. SIJIL PERAKUAN AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) – khas utk pelajar IPTS sahaja

Kalau anda dari IPTS sertakan sekali sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).

6. HANTAR PERMOHONAN



Kita boleh hantar permohonan kita kat HQ mahupun cawangan PTPTN yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Tapi dalam kes aku nie, aku nak bagi terus kepada pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN di pejabat cawangan PERAK. Pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku itu adalah Pn. Siti Aishah bin Abd Hamid. jika pegawai anda sama seperlu aku, moh le kita hantar kat dia.. :

 No. 11 & 13 Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak

Hari ini 27 SEPTEMBER 2013 ( Jumaat ) tepat pukul 5.00 ptg, aku telah memasukkan permohonan aku ke dalam kotak kiriman pos express di Pejabat Pos Batu Pahat. Semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah...


Lepas dah pos jangan kita lepas tangan pulak sebab harus diingat, maaf cakaplah noh biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit, Jadinya kita perlulah sentiasa follow-up permohonan kita dengan pihak PTPTN sendiri. WAJIB tahu. Takut jadi perkara tak diingini pulak.

Anda juga boleh dengar perbualan telefon antara saya dengan pegawai PTPTN yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN saya di sini --- >> PROSES PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN BAGI IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA

Semoga membantu serba sedikit. JIka anda inginkan lebih kepastian, anda bolehla hubungi pegawai yang menjaga akaun PTPTN anda. anda boleh semak pegawai tersebut dengan klik di sini --- >> Pegawai yang menguruskan akaun pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN-i anda

Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada salah seorang staf UPSI yang sudi berulang - alik ke bahagian akademik UPSI untuk mendapatkan cop pengesahan daripada pegawai di UNIT PENGIJAZAHAN. TERIMA KASIH CIK. Jasamu akan ku kenang.. :-) Peace For All....

11 comments:

  1. nak tnye ni.. sy pun dr upsi gak.. nak tnye ni, surat surat pengesahn kelas pertama tu die nak yg ori ke? kalau yg salinan tp yg dah bercop die x nak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya sudah tnya akan hal berkenaan, pegawai yang menguruskan akaun saya tu dua nakkan yang ori... tetapi ada member saya yang pergi ke pejabat PTPTN, pegawai di sana pula kata boleh kalau nak bagi yang salinan asalkan ada cop pengesahan.. apa2 pun kena bertanyakan kepada pegawai yang menguruskan akaun anda untuk pengecualian bayaran balik PTPTN... :-)

      Delete
    2. ooo.. ok. tq.. lg stu nak tnye.. alamat tu kte hntr kat pegawai yg uruskn akaun kte ke? bukan pos kat cawangan ptptn yg terdekat?

      Delete
    3. yup mna2 cawangan pun blh tp sy bg kat pegawai yg uruskan akaun nie sbb sng nak refer nnt.... :-)

      Delete
  2. Sangat membantu..penerangan sangat details..terima kasih ya..nak uruskan juga ni..thanks! semoga murah rezeki.. ^_^

    ReplyDelete
  3. harap boleh jwb ye
    ptptn nk jd biasiswa tu kena stiap sem dpat dekan ka tgu CGPA tu first class??

    ReplyDelete
  4. Maaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?

    ReplyDelete
  5. Maaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?

    ReplyDelete
  6. Maaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?

    ReplyDelete
  7. Assalam... maap nak tanya macam mana nak tahu siapa pegawai ptptn yg uruskan akaun kita tu?

    ReplyDelete
  8. Adakah pertukaran ini diberikan kpd glongan ijazah sepenuh masa sahaja atau part time study jg dibolehkan

    ReplyDelete