Pages

Friday, January 6, 2012

Antara Dua

Hari ini ( 5 Januari 2012 ) aku terpaksa membuat pilihan sama ada nak pergi Broga Hill (BH) bersama - sama rakan KH atau pun ke Proton City (PC) untuk makan - makan bersama rakan - rakan yang aku kenal di Minggu Suai Kenal (MSK) iaitu "Keluarga Batrisya (KB)". Hurmmm.... kedua - dua kumpulan nie aku sayang tapi aku terpaksa untuk memilih salah satu sahaja...... Aku juga teringin sangat nak pi BH tu.... Tapi aku terpaksa pilih untuk ke PC sebabnya majlis makan - makan tu depa buat untuk aku bersempena dengan bezday aku yang jatuh pada 4 Januari. Majlis tu sepatutnya dibuat pada 4 Januari tetapi disebabkan terdapat masalah yang tak dapat dielakkan so terpaksa ditunda pada hari ini. Kepada rakan - rakan KH aku minta maaf sebab tak dapat nak join ampa semua. aku memang teringin sangat nak pi BH tu tapi nak buat macam mana dah tak dak rezeki aku kot nak ikut ampa. tak pa insyallah ada rezeki kita p lain. Kepada Abdul Rahim, aku ucapkan terima kasih dan nak minta maaf sebab dua kali telepon aku sebab nak ajak aku pi jugak2 tapi apa boleh buat persiapan dah siap kat PC, tak kan aku nak balik awai plak.


Kat sini juga aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada KB kerana sudi datang bersama - sama kek dan makanan sampingan lain yang dimasak oleh Cik Zura iaitu pisang goreng dan apa tah satu lagi tu aku dah tak ingat nama dia, hehehe yang dimakan bersama kuah cicah johor yang dikatakan dibuat oleh Memy Zul dengan khidmat nasihat bfnye saudara Munir... sedap sedap cuma rasa bawang putihnya banyak sangat mungkin orang Pahang memang suka banyak makan bawang putih kot. Si munir nie orang Pahang n si Memy nie orang Johor (PG)... Antara ahli yang datang pada majlis petang tadi adalah my lover Faizah Hassan, Cik Zura, Memy, Laili, Che Matt (Matt Freud), Amir Batrisya, Mie Own dan Panjang (JMK KZ). Terima kasihlah aku ucapkan kepada yang sudi datang tu.... :-) kat bawah  nie ada gambar kek yang dibawa tu.... 


cantik tak cantik tak.....??? :-)


yang nie plak hadiah yang aku dapat ---> design by Cik Zura..... hehehe....

Sampai kat sini dulu la noh... aku ingt nak tambah lagi gambar - gambar tapi semua gambar ada kat Matt Freud & Mie Own... Ntah bila la depa nie nak bagi gambar - gambar tu kat aku.... kalau dah dapat boleh jugak la aku post.... Insyallah kalau depa bagi nanti aku edit lain... hehe... Ok la sampai di sini dulu la eh... huhu... Assalamualaikum.... Bye... Best For All....

3 comments:

  1. hahahhaahah,,, what the most beatiful day,,,,kih3

    ReplyDelete
  2. weii... nk gambaq ngn video... huhuhu

    ReplyDelete
  3. weii... nk gambaq ngn video... huhuhu

    ReplyDelete