Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...
Hampir setahun rasanya aku sudah tidak mengarut di sini... hehe.. Maklum la sejak bermulanya semester 7 iaitu semester yang membuatkan aku menjadi guru telah menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk diluangkan di sini.. biasa la dah nama pun praktikumkan mesti la sibuk di sekolah, balik sekolah sibuk dengan rumah plak, RPH kena buat lagi kan.. huhu.. OK la ok la entri kali ini aku nak cerita sikit pengalaman aku pergi bercuti ke nun di sana.. haha.. iaitu di SARAWAK BUMI KENYALANG..
Alkisahnya bermula dari bermulanya cuti semester 7 iaitu selepas abis praktikum, aku buat la part time work kat kilang beras faiza, kerja kuli bawah ja.. 4 bulan cuti, 2 bulan ja aku keja.. alhamdulillah dapat la sikit rezeki untuk menampung perbelanjaan bila naik semester 8 nanti. Masa cuti tu la geng2 yang nak pi Sarawak nie berkomplot ( amboi ayat macam jahat ja bunyinya ). Depa rancang tarikh & booking tiket. Tarikh yang dipersetujui adalah 10 April - 13 April 2013. Depa tu daripada : -
Rizal @ cin
Joe
dia nie la driver kami sepanjang kami kat Sarawak ( Terbaik punya driver baq hang )
Rahim
Azmi
Pulah
Jimbo
Acap
Husaini @ Sen
Min
dia nie pulak co-pilot kami, yang sentiasa bergaduh dengan pilot kami.. haha
Tapi malangnya time depa semua nie dok berkomplot nak pi Sarawak tu, depa kata depa tak dapat nak contact aku. Jadi, depa beli la tiket dulu dalam masa cuti semester tu. Bila buka semester ada yang tnya aku pasaipa aku tak follow pi Sarawak.. Macam mana aku nak follow time depa beli tiket tak sorang pun yang contact aku. Nak buat macam mana mungkin tak dak rezeki aku kot kali nie. Tapi, lebih kurang dalam 2 atau 3 minggu sebelum depa berangkat ke Sarawak, aku cuba - cuba la intai dalam web http://www.airasia.com, mana la tau ada lagi ka kosong kan. Tak disangka - sangka memang aku bertuah sebab ada lagi tempat kosong & yang paling best tiket dia boleh tahan murah la. Depa kata tiket depa RM200 sorang. Kalau betoi memang bertuah sangat la aku. Nak tau pasaipa... Tengok kat bawah nie.. hehe

pejam celik pejam celik, tibalah waktu untuk berangkat ke Sarawak. Bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar kami bertolak awai ke LCCT. Bukan kata awai tapi tersangat awai.. haha.. Flight kami pukul 10.50 pagi ( 10 Apr 2013 ) tapi 9 Apr kami dah bertolak dari Tg. Malim, Perak dengan menaiki Komuter. Naik Komuter pun untuk jugak aku sebab ada kad nie :-
Dapat la diskaun 50%. Harga asal rm7.50, aku bayar dalam rm3.25 jer... TQ Dato Seri Najib.. hahaha.. kat bawah nie ada sikit pemandangan kami kat atas komuter tu :-
Apa yang menariknya kat sini, kami naik komuter nie turun kat Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) pastu dari sana kami naik pulak LRT kot ke Salak tinggi kalau tak silap. Kemudian, dari Salak Tinggi kami naik bas pulak untuk ke LCCT.. Nampak tak betapa susah dan jauhnya kami nak sampai ke LCCT.. haha.. Sesampai ja kat LCCT, kami pun cari la port untuk tidur sekejap. Port yang kami pilih tak lain tak bukan cafe LCCT.Kat sini memang terkenal dengan tempat untuk transit sebentar sebelum naik flight. Ok la kat bawah nie ada sikit gambaran sebelum kami berlepas.. :-