Pages

Thursday, January 5, 2012

Futsal 2 Venue Dalam 1 Malam

Kalau dulu di kedah boleh dikatakan setiap minggu hampir 4 atau 5 hari akan aku main futsal bersama - sama SKANDAL FC. di bawah ini merupakan antara ahli SKANDAL FC... Tetapi sekarang dengar kata SKANDAL FC dah berpecah dan dibuat pula team baru yang diberi nama GEMILANG FC.

atas dari kiri - aku, Faiz, Hafizi (Che lat)
duduk dari kiri - Safwan, Fariez

Banyak kenangan aku bersama dengan ahli - ahli SKANDAL FC ini. Disebabkan team ini jugalah aku letakkan nama FB aku AZLEE SKANDAL.... hehehe... namun semua itu sudah tinggal kenagan seperti mana lagu Saleem tu.... huhu.... rindu pun ada jugak nak sama - sama semula main dengan ahli SKANDAL FC. Aku pasti kalau kami gabung semula pasti corak permainan dulu dan sekarang dah tak sama..... 

OOPPSSS..... dah tersalah topik aku nie... hehe... aku sebanarnya nak cerita pasal apa yang terjadi pada malam nie... Hari ini (4 JANUARI) merupakan hari lahir aku yang ke 23... huhu dah makin tua la aku.... tak dak something spesel pun hari ini tetapi pada sebelah malamnya aku telah berjaya untuk main futsal di 2 tempat yang berbeza selama 2 jam. sejam di court futsal baru di bekas tapak kilang berhadapan dengan Hub Halal dan lagi sejam di gelanggang Ulu Bernam (nie port biasa).

Yang sejam awal tu aku tak rancang pun nak main, yang boleh membuatkan aku main tu pada pukul kira - kira 8.15 malam aku dapat panggilan dari En Azizi (Staf Fakulti aku belajar - Fakulti Pendidikan Kemahiran Hidup (FPTV)). Terkejut juga aku dapat panggilan tu, tak penah - penah dia telefon aku dah malam - malam. Ingat nak tanya pasal demonstrasi ambang new year hari tu ka apa ka...  hehehe... Rupa - rupanya dia nak ajak aku main futsal. aku pn apa lagi, pantang diajak ON je la.... rezeki kan... main kat tempat baru free palak tu.. huhu... Dia suruh aku cari lagi dalam 5 - 6 orang tapi dalam waktu ad hoc macam tu macam mana aku nak cari ramai - ramai, kalau aku telefon ajak yang lain pun mesti akan banyak soal jawabnya, main  dengan sapa lah pukul bapa start lah kena duit ke tak lah sapa lagi main lah macam - macam lah. So aku ambik keputusan aku ajak budak - budak rumah aku je la senang sikit. sepatutnya game mula pukul 8.00 malam tapi kami sampai dah nak dekat pukul 9.00 malam pun... so sejam je la kami main... penat jugak la sebabnya kami sampai ja terus kena main, tak sempat nak warming up pun. Kami seolah - oleh jadi universiti lawan dengan team Jabatan Tanah Tg Malim. Sepatutnya yang lawan staf - staf universiti tapi ntah macam mana geng - geng staf tak datang plak so kami nie dipanggil untuk memenuhi kekosongan tu la... depa tu datang dengan 3 team futsal kami nie plak 2 team pun tak sampai memeng penat r main.... Tapi walaupun penat ok la dapat gak merasa main dengan staf... hehe... 

Next venue - Gelanggang Ulu Bernam. Lepas abis ja game kat situ kami terus pergi ke Ulu Bernam (jauh berjalanan dari Perak ke Selangor, hehe) Jam menunjukkan pukul 10.10 malam tetapi yang datang ketika itu hanyalah Pidi sorang sahaja.... kehadiran sepatutnya semua pelajar lelaki Kemahiran Hidup (geng2 yg dok besa main je la... x semua pn) kehadiran yang macam nie yang sedekit mengecewakan aku, dekat setengah jam jugak la kami tunggu, datang sorang, sorang.... sampai kami masuk main dulu la, dalam tu ada la dalam 7 orang ja.... ermmm... pelik aku dengan depa nie.... tapi tak apa lah benda dah berlalu pn.. apa - apa pun aku enjoy jugak la malam nie berbanding pagi nie disebabkan KILLER PAPER yang aku ambik.... 

Nampaknya sampai di sini dulu la coretan aku pada hari bezday aku nie..... :-) tak dak yang istimewa pun hari ini.... ok... jumpa la di lain coretan... Assalammualaikum.... Bye.. Best For All......

Monday, January 2, 2012

Dapatkah Aku Merasainya

Salam Tahun Baru 2012......

sudah lama agaknya aku tak menulis di blog ini dan ada yang mengatakan yang bolg aku sudah pun berkulat... hehehe... :-) maklum la bukan tak nak menulis tetapi dihimpit dengan assignment yang agak mancabar (tapi rasanya bukan agak lagi dah MEMANG MENCABAR) yang tak penah aku lalui semester - semester lepas. Bukanya tahun baru ini aku nak berazam nak banyakkan menulis di blog ini, hehehe, agak - agak boleh ker?? huhu.. Ok lah dah banyakkan lari dari tajuk aku dah nie... apakah yang aku nak sampaikan di permulaan tahun 2012 ini???? huhuu... DAPATKAH AKU MERASAINYA.... merasai apakah?? jawabnya.... dapatkah aku merasai Kampus Baru UPSI yang tersergam indah di Proton City. Pada petang tadi aku bersama rakan seprogram aku (Min dan Rizal) telah keluar untuk makan cendol di sebalah KFC di pekan koboi Tanjong Malim. Lepas ja makan kami saja nak tengok - tengok kat Kota Malim dengar kata dah bertambah maju. Sampai ja kat sana kami ternampak satu jalan yang boleh nampak kampus baru. Kami pun apa lagi cuba la nak g melawat tgk apa ada kan... Nak taw apa yang ada??? tengaklah gambar - gambar di bawah ini... :-)






Pemandangan kampus baru dari arah belakang





Tuesday, August 23, 2011

Tinggal Kenangan


Caramel - Tinggal Kenangan
====================================
Pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
jauh kau pergi meninggalkan diriku
di sini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih
pernah ada rasa cinta antara kita
kini tinggal kenangan
ingin kulupakan semua tentang dirimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh bintangku
jauh kau pergi meninggalkan diriku
disini aku merindukan dirimu
kini kucoba mencari penggantimu
namun tak lagi kan seperti dirimu
oh kekasih

tiba - tiba aku rasa semacam ja bila hayati lirik nie...
ermmm... napa la agaknya eh......??? mungkinkah aku..............................???



PRK UPSI 2011

ASSALAMUALAIKUM...

Dah lama rasanya aku x menconteng kt sni maklum la agak bz dengan urusan U. hehehe.. ari nie tergerak plak hati aku nk bercerita tentang pengalaman aku menjadi calon Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk sesi 2011. kalau di luar U kita memangil Pilihan Raya Umum(PRU) tetapi di universiti kita menyebutnya Pilihan Raya Kampus(PRK). Entah macam mana aku telah menjadi wakil umum, aku pun blur ketika mendapat tahu yang aku kena bertanding di kerusi umum yang sememang sukar untuk menang tambahan pula PRK kali merupakan PRK yang mudah untuk menjadi calon sebabnya degar kata Timbalan Naib Cancelor Hal Ehwal Pelajar Dan Alumni (TNCHEP), Prof. Shah pada ketika itu telah membatalkan satu daripada syarat sah bertanding iaitu setiap calon perlu mengikuti kursus kepimpinan. Disebabkan itulah kerusi umum telah bertambah menjadi 17 orang berbanding 8 orang tahun sebelumnya untuk merebut 5 kerusi sahaja. Dan salah seorangnya akulah orangnya tapi aku pergi tau kursus tu... hehe... Nie kata bawah nie ada satu poster aku.. huhu...



PRK nie aku tengok lebih kurang sama ja dengan PRU. aku kata macam nie sebabnya kalau kita tgk PRU yang calonnya xla over sangat tapi yang terlebih overnya adalah si pengikut. aku tengok si pengikut - pengikut nie ada yang ok, slow jer tapi ada yang sesetengahnya tu terlalu taksub sampaikan arahan pn dilanggar. ada la satu malam tu time semua calon membuat rapat umum masing - masing, time tu giliran aku dh abis aku pn berdiri r kat bawah bersama - sama orang yang mendengar rapat umum tu. celah - celah dok dengar tu sampai la segerombolan manusia yang mereka ishtiharkan mereka ini sebagai gelombang kuning. ada la kot dalam 100 orang or lebih cam tu. kami yang telah sedia ada kat situ tak mahu berganjak la dari tempat kami sebabkan kami datang awai kn, so sapa cepat blh dok depan r spa lambat dok belakang la kn, adat r. tetapi segerombolan manusia yang juga mengatakan diri mereka ini sebagai mahasiswa n boleh buat apa sahaja yang mereka mahu telah dengan kasarnya menolak - nolak kami sampai aku terasa ada yang menyepak aku. inilah yang dikatakan calon xada apa - apa sangat tapi pengikut yang lebih - lebih. mereka kata mereka ISLAM, abis kami nie bukan Islam? perlu ka kita mengunakan kekerasa macam tu?

Ok la malas la aku nk bercerita banyak2 tentang PRK nie, kalau di ceritakan smpai tahun depan aku x abis mengarangnya. aku ringkaskan je la eh PRK nie. OK, setelah tamatnya tempoh berkempen selama 3 hari yang dibenarkan sampailah waktu untuk mengundi pula. Pada 21 Februari 2011 merupakan hari mengundi untuk kesemua pelajar UPSI. setelah tamatnya proses membuang undi, lebih kurang pada pukul 5.45 ptg Dato' Naib Cancelor (NC) Dato' Aminah Ayob telah membuat pengumuman. nak ditakdirkan aku telah mendapat undian ke - 13 daripada 17 orang calon dengan jumlah undi 1,437. walaupun kalah di kesempatan ini aku ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada yang sudi mengundi aku (Maaf dah lewat sangat wish, hehe).

rasanya sampai di sini dululah aku bercerita tentang diri aku dalam PRK, Insyallah ada masa kita jumpa lagi, 
wassalam.... :-)

Wednesday, May 18, 2011

Minggu Suai Kenal (MSK) Ambilan Disember 2011/2011

Sudah lama rasanya aku tak tulis entry, hari nie aku nak cerita serba sedikit apa yang berlaku kat aku dalam sem  4. Sesungguhnya sem 4 banyak meninggalkan kenangan kat aku. Mana tidaknya bermula sebelum kuliah aku terlibat dengan Minggu Suai Kenal (MSK) Ambilan Disember 2010/2011. Ntah macam mana aku terpanggil untuk memegang jawatan Penolong Pengurus (PP) Sekretariat PTPTN, Aku Janji dan Bersama Fakulti. Walaupun ini pengalaman pertama aku dalam MSK namun aku gagahkan juga diri ini untuk memikul tanggjawab sebagai PP. aku menjadi lebih confident apabila mendapat Timbalan Penolong Pengurus (TPP) yang berpengalaman dan cekap dalam melaksanakan tugas iaitu TPP1 saudara Aman Yaseer bin Pramli (sem 4) dan TPP2 saudari Asyikin atau kaki ekin (sem 7). Sekretariat aku menjadi lebih mantap apabila dibarisi oleh sekretariat yang mampu melaksanakan pelbagai tugas yang diberikan iaitu saudara Fadzil (ustaz fadzil (sem 7), saudari Miza (sem 4) selaku setiausaha yang rajin, saudari Faizah (sem 4), saudari Iza (sem 4) dan akhir sekali saudari Azwa (sem 4). Sepanjang minggu Suai kenal bermacam – macam ragam n gelagat dapat aku perhatikan. Lebih bermakna apabila aku banyak memperolehi pengalaman yang sukar diperoleh apabila aku menjadi budak yang skema seperti p kuliah - balik study – tidoq… kalau tu ja yang aku buat sepanjang 4 tahun berada di UPSI ini tak bermakna seperti batang betik yang keras di luar tapi berlubang di dalam, aku kalu boleh nak jadi seperti buluh padat yang mana ianya kuat dan rmai yang mencari kerana banyak kegunaannya… :-) huhuhu.. dah melalut dh aku nie… nk cita panjang aku xreti sangat jadinya tengok je la gambaq – gambaq yang aku letak kt bawah nie eh… :-)


IZA & IZAH