Pages

Wednesday, June 6, 2012

BERAKHIRNYA SEMESTER 6

Alhamdulillah, dengan berakhirnya kertas VET 3016 - SERVIS AUTOMOBIL DAN MOTOSIKAL pada pukul 4.00 ptg tadi maka dengan rasminya aku telah menamatkan pengajian semester 6 aku di UPSI tercinta ini... :-) Kebetulan semester ini aku hanya ada dua sahaja kertas final iaitu semalam ada satu iaitu VEE 3013 - KAEDAH MENGAJAR KEMAHIRAN HIDUP yang aku ambil pada pukul 2.30 ptg semalam (waktu yang sama dengan kertas hari ini).

Lebih kurang situasi yang hampir sama dengan kertas terakhir sem lepas, aku ambil kat DEWAN SITC juga dan sempat juga aku bercandid - candid dengan rakan - rakan seperjuangan yang sama batch dengan aku...

 dan lagi dok belek - belek nota sebelum masuk dewan...




**Semoga Kejayaan Yang Diidamkan Menjadi Milik Kami Semua, Insyaallah**

Sebelum bergerak ke DEWAN SITC, aku dengan rakan - rakan serumah sempat bergambar kenang - kenangan kat depan rumah kami yang bakal ditinggalkan tak sampai sebulan lagi sebelum kami keluar berpraktikum mengikut haluan masing - masing.. huhu.. Macam sedih la plak....

No 4, Taman Bernam Baru dalam kenangan... huhu
(dari kiri : aku, Husaini, Ulul Azmi, Faizul, Akmal Faiz, Asraf, Nazim dan Sayuti) 
sepatutnya ada seorang lain ( Ilias )

2 comments:

  1. untunglah dah abis exam..leh duk umah lme2 kan...jelesnye!

    * just b ur follower #33.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. exam dh abis tp tesis sedang menanti.. hoho.. x blh bergembira lg... :-(

      Delete