Pages

Saturday, May 5, 2012

PESTA KONVOKESYEN KALI KE - 14

ASSALAMUALAIKUM....


Syukur alhamdulillah berjumpa semula kita, kali ini aku cuma nak bagitau bahawasanya Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Istiadat Konvokesyen kali ke - 14. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Rakan Konvo akan mengadakan Pesta Konvokesyen (PESKON) bagi meraikan para gradusi. Pelbagai acara akan dijalankan sepanjang PESKON berlangsung bermula dari 6 hingga 9 Mei 2012. Untuk pertama kalinya dan mungkin juga terakhir kalinya aku dilantik untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi dalam melaksanakan PESKON ini. Insyallah dengan pelbagai halangan yang sentiasa menimpa tanpa putus - putus aku akan berusaha untuk menghabiskan juga PESKON ini walaupun perik. Maki hamun dah menjadi perkara biasa di telinga, pertelingkahan juga tidak kurang hebatnya juga. tak apa la mungkin perkara - perkara seperti ini akan membuatkan aku merinduinya bila dah habis belajar nanti.... :-). Ok la malas nak cerita panjang - panjang kalau aku cerita detail tak terbaca pulak nanti. hehehe.. Malam nie aku cuma nak bagi tahu berkaitan acara yang bakal dijalankan nanti. Anda semua bolehlah lihat banner di bawah ini untuk mengetahui acara - acaranya... :-) 


Oleh itu, aku nak jemputlah anda semua untuk bersama - sama memeriahkan acara yang bakal berlangsung nanti.... Semoga dengan kehadiran anda semua PESKON kali ini akan lebih meriah berbanding sebelum - sebelum ini.... :-) SEKIAN......

No comments:

Post a Comment