Alhamdulillah, setelah 15 hari Istiadat Konvokesyen aku, baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA. WAJIB buat tau sebab dapat 'first class'. hehe.. Ok kepada
sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jugak bolehlah mohon
untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa. Itu hak kita tau.. Jangan ingat
kalau dah dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada
biasiswa yer. kita WAJIB buat permohonan.Kalau tak, sampai bila-bila pun tak
tukar jadi biasiswa.
Ada
syarat-syarat dia k :
- Mestilah graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
- Mestilah kelas pertama bagi ijazah sarjana muda (untuk diploma, master ka tak layak eh )
- Ijazah sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website MQA (utk IPTS sahaja)
Ok ni cara -
caranya nak hantar permohonan;
1. SURAT RASMI
Pastikan buat surat yang menyatakan kita memohon untuk
menukarkan pinjaman kita kepada biasiswa. Yerla takkan tiba - tiba
bagi borang ja kan. Adanya surat ni memudahkan pihak PTPTN buat rekod. kalau kita nak telefon
PTPTN untuk tanya apa - apa senang sebab surat kan ada tarikh. Buat surat nie bahasa perlu formal. Isi kandungan tepat dan padat tak yah nak meweh - leweh sangat la.. hehe
2. BORANG
AKUAN PENERIMAAN BIAYA ( Pin 6)
berdasarkan blog - blog yang aku tengok, banyak yang hantar botang akuan pelajar, tapi aku dah pastikan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan dan dia kata memang kena hantar borang akuan penerimaan biaya (Pin 6)
Borang ni boleh didownload dari website
PTPTN :
boleh juga klik sini --> Borang Akuan Penerimaan Biaya
Dah download silalah isi yer
Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN PULAK!
3. SALINAN
IJAZAH DAN TRANSKRIP
Satu salinan Ijazah Sarjana Muda |
Satu salinan transkrip
|
Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN
AKADEMIK di Universiti tempat kita belajar SAHAJA.
Jangan pulak pi mintak kat ketua
kampung/ex-supervisor/dekan fakulti atau pun orang dalam ka (kecuali orang dalam anda tu mmg Pegawai kat UNIT PENGIJAZAHAN tu) yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak boleh!
4. SURAT
PENGESAHAN KELAS PERTAMA
Kalau dalam ijazah
kita tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', Ijazah dari UPSI memang tak dak
tulis pun tapi tak pa pihak akademik dah masukkan sek siap dalam sampul surat
lepas kita hantar balik jubah kita tu. Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun aku, surat nie perlu diserahkan yang ORIGINAL. kalau pegawai lain aku tak tau la dia nak ke tak salinan. Pegawai aku nie dia memang tak mau. So aku bagi je la yang original.
5. SIJIL
PERAKUAN AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) – khas utk pelajar
IPTS sahaja
Kalau anda dari IPTS sertakan sekali
sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
6. HANTAR PERMOHONAN
Kita boleh hantar permohonan kita kat HQ mahupun cawangan PTPTN yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Tapi dalam kes aku nie, aku nak bagi terus kepada pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN di pejabat cawangan PERAK. Pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku itu adalah Pn. Siti Aishah bin Abd Hamid. jika pegawai anda sama seperlu aku, moh le kita hantar kat dia.. :
No. 11 & 13 Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak
Hari ini 27 SEPTEMBER 2013 ( Jumaat ) tepat pukul 5.00 ptg, aku telah memasukkan permohonan aku ke dalam kotak kiriman pos express di Pejabat Pos Batu Pahat. Semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah...
Lepas dah pos jangan kita lepas tangan pulak sebab harus diingat, maaf cakaplah noh biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit, Jadinya kita perlulah sentiasa follow-up permohonan kita dengan pihak PTPTN sendiri. WAJIB tahu. Takut jadi perkara tak diingini pulak.
Anda juga boleh dengar perbualan telefon antara saya dengan pegawai PTPTN yang bertanggungjawab terhadap akaun PTPTN saya di sini --- >> PROSES PENGECUALIAN BAYARAN BALIK PTPTN BAGI IJAZAH SARJANA MUDA KELAS PERTAMA
Semoga membantu serba sedikit. JIka anda inginkan lebih kepastian, anda bolehla hubungi pegawai yang menjaga akaun PTPTN anda. anda boleh semak pegawai tersebut dengan klik di sini --- >> Pegawai yang menguruskan akaun pinjaman PTPTN dan simpanan SSPN-i anda
Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada salah seorang staf UPSI yang sudi berulang - alik ke bahagian akademik UPSI untuk mendapatkan cop pengesahan daripada pegawai di UNIT PENGIJAZAHAN. TERIMA KASIH CIK. Jasamu akan ku kenang.. :-) Peace For All....
nak tnye ni.. sy pun dr upsi gak.. nak tnye ni, surat surat pengesahn kelas pertama tu die nak yg ori ke? kalau yg salinan tp yg dah bercop die x nak ke?
ReplyDeletesaya sudah tnya akan hal berkenaan, pegawai yang menguruskan akaun saya tu dua nakkan yang ori... tetapi ada member saya yang pergi ke pejabat PTPTN, pegawai di sana pula kata boleh kalau nak bagi yang salinan asalkan ada cop pengesahan.. apa2 pun kena bertanyakan kepada pegawai yang menguruskan akaun anda untuk pengecualian bayaran balik PTPTN... :-)
Deleteooo.. ok. tq.. lg stu nak tnye.. alamat tu kte hntr kat pegawai yg uruskn akaun kte ke? bukan pos kat cawangan ptptn yg terdekat?
Deleteyup mna2 cawangan pun blh tp sy bg kat pegawai yg uruskan akaun nie sbb sng nak refer nnt.... :-)
DeleteSangat membantu..penerangan sangat details..terima kasih ya..nak uruskan juga ni..thanks! semoga murah rezeki.. ^_^
ReplyDeleteharap boleh jwb ye
ReplyDeleteptptn nk jd biasiswa tu kena stiap sem dpat dekan ka tgu CGPA tu first class??
Maaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?
ReplyDeleteMaaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?
ReplyDeleteMaaf nak tanya... 3.6 boleh ke apply ptptn jd biasiswa?
ReplyDeleteAssalam... maap nak tanya macam mana nak tahu siapa pegawai ptptn yg uruskan akaun kita tu?
ReplyDeleteAdakah pertukaran ini diberikan kpd glongan ijazah sepenuh masa sahaja atau part time study jg dibolehkan
ReplyDeleteSaya telah kehilangan banyak masa untuk syarikat pinjaman palsu yang cuba mendapatkan pinjaman. tetapi itu tidak berlaku lagi.
ReplyDeleteNah, saya melihat komen pada blog oleh Marianne Low yang memberi keterangan tentang mendapatkan pinjaman dari seorang ibu Susan bowman, yang saya fikir sebagai salah satu syarikat palsu ini. Kemudian saya memutuskan untuk menghubunginya dan mencubanya semula .... Mengejutkan saya selepas prosedur yang diberikan kepada saya oleh ibu Susan. Kemudian dia meyakinkan saya bahawa saya akan dibiayai oleh bank langsung dari Indonesia yang harus saya pegang. Saya menunggu sehingga pinjaman saya diproses dan diluluskan dan kemudian saya mendapat pinjaman saya memohon langsung ke akaun bank saya tanpa bayaran tambahan ... Semoga Allah memberkati ibu Susan untuk kerja yang indah yang dia lakukan ..... Kebanyakan kawan saya yang memerlukan pinjaman juga dikenakan dan mereka mendapat pinjaman juga ....
Anda boleh menghubungi ibu Susan bowman dengan e-mel ini (Susanbowmanloancompany@gmail.com)
Juga pada WhatsApp +18597771805
untuk pinjaman anda sendiri dia tidak menipu saya
Dan jika anda juga boleh menghubungi saya di email ini jika anda takut: aelok36@gmail.com
Saya Fitriani Suhesti dari kota Medan. Saya melihat postingan ibu Yanti Ari dengan detailnya bagaimana dia meminjam dari Guaranty Trust Loans untuk memulihkan usahanya dan juga mengembangkan usahanya. Ibu berkata dia tinggal di kota Medan dan saya tinggal di kota itu jadi saya memutuskan untuk menghubunginya karena saya telah kehilangan 16 juta karena penipuan hanya karena saya membutuhkan pinjaman untuk mengembangkan bisnis saya.
ReplyDeleteDi bawah ini adalah informasinya yang saya lihat dan yang saya hubungi.
nama ibu: Yanti Ari
nomor telepon: +62821-1644-0184
Nomor Whatsapp: +62821-1644-0184
Kota: Medan
email ibu: ariy6261@gmail.com
Setelah saya menghubungi ibu yanti dia menceritakan semua yang perlu saya ketahui dan dia berkata kepada saya bahwa setelah saya menghubungi Guaranty Trust Loans dan menerima pinjaman saya, saya harus mencoba untuk membagikan cerita saya agar orang lain yang membutuhkan pinjaman dapat diandalkan perusahaan dapat diselamatkan dari orang-orang curang yang bukan pemberi pinjaman.
Jadi saya mengajukan pinjaman sejumlah 500 juta Rupiah, dan mereka meminta kredensial saya yang saya serahkan dan setelah mereka selesai memverifikasi detail saya, pinjaman itu disetujui untuk saya dan saya pikir itu adalah lelucon dan mungkin itu salah satu dari penipuan yang membuat saya kehilangan uang, tetapi karena ibu Yanti berasal dari Medan dan saya melihat buktinya jadi saya mempercayai mereka, saya kagum ketika saya mendapatkan pinjaman dalam waktu kurang dari 24 jam dengan bunga rendah 2% tanpa jaminan. Saya sangat senang bahwa Allah memakai ibu yanti yang menghubungi mereka dan memperkenalkan saya kepada mereka dan karena saya diselamatkan dari pemberi pinjaman palsu dan juga akan mewujudkan impian bisnis saya.
Jadi saya menyarankan semua orang yang tinggal di Indonesia, Malaysia dan belahan dunia lain yang membutuhkan pinjaman untuk satu tujuan atau lainnya untuk menghubungi Guaranty Trust Loans dan di bawah ini adalah detailnya
email: (anamichaelguarantytrustloans@gmail.com)
Anda juga dapat menghubungi perusahaan dengan nomor ini: +1(470)481-0039
jangan ragu untuk menghubungi saya jika Anda memerlukan informasi lebih lanjut melalui email: (fitrianisuhesti90@gmail.com)
Terima kasih telah membaca cerita saya, dan semoga Allah terus melindungi dan memberkati kita semua bahkan di masa-masa sulit karena pandemi virus corona.