Alhamdulillah, setelah 15 hari Istiadat Konvokesyen aku, baru hari ini aku berkesempatan untuk membuat permohonan pertukaran pinjaman PTPTN kepada BIASISWA. WAJIB buat tau sebab dapat 'first class'. hehe.. Ok kepada
sesiapa yang berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama jugak bolehlah mohon
untuk tukarkan pinjaman kepada biasiswa. Itu hak kita tau.. Jangan ingat
kalau dah dapat kelas pertama, PTPTN akan tukarkan secara automatik kepada
biasiswa yer. kita WAJIB buat permohonan.Kalau tak, sampai bila-bila pun tak
tukar jadi biasiswa.
Ada
syarat-syarat dia k :
- Mestilah
graduat dari mana-mana IPTA atau IPTS
- Mestilah kelas
pertama bagi ijazah sarjana muda (untuk diploma, master ka tak layak eh )
- Ijazah
sarjana muda mestilah diiktiraf oleh MQA - yang ni boleh check dekat website
MQA (utk IPTS sahaja)
Ok ni cara -
caranya nak hantar permohonan;
1. SURAT RASMI
Pastikan buat surat yang menyatakan kita memohon untuk
menukarkan pinjaman kita kepada biasiswa. Yerla takkan tiba - tiba
bagi borang ja kan. Adanya surat ni memudahkan pihak PTPTN buat rekod. kalau kita nak telefon
PTPTN untuk tanya apa - apa senang sebab surat kan ada tarikh. Buat surat nie bahasa perlu formal. Isi kandungan tepat dan padat tak yah nak meweh - leweh sangat la.. hehe
2. BORANG
AKUAN PENERIMAAN BIAYA ( Pin 6)
berdasarkan blog - blog yang aku tengok, banyak yang hantar botang akuan pelajar, tapi aku dah pastikan perkara ini dengan pegawai yang berkenaan dan dia kata memang kena hantar borang akuan penerimaan biaya (Pin 6)
Borang ni boleh didownload dari website
PTPTN :
Dah download silalah isi yer
Dah lengkap, JANGAN LUPA SIGN PULAK!
3. SALINAN
IJAZAH DAN TRANSKRIP
 |
Satu salinan Ijazah Sarjana Muda |
 |
Satu salinan transkrip
|
Kedua-duanya perlu disahkan oleh BAHAGIAN
AKADEMIK di Universiti tempat kita belajar SAHAJA.
Jangan pulak pi mintak kat ketua
kampung/ex-supervisor/dekan fakulti atau pun orang dalam ka (kecuali orang dalam anda tu mmg Pegawai kat UNIT PENGIJAZAHAN tu) yang sahkan TAK BOLEH YER!Memang tak boleh!
4. SURAT
PENGESAHAN KELAS PERTAMA
Kalau dalam ijazah
kita tidak tertulis perkatan 'Kelas Pertama', Ijazah dari UPSI memang tak dak
tulis pun tapi tak pa pihak akademik dah masukkan sek siap dalam sampul surat
lepas kita hantar balik jubah kita tu. Menurut pegawai yang bertanggungjawab terhadap akaun aku, surat nie perlu diserahkan yang ORIGINAL. kalau pegawai lain aku tak tau la dia nak ke tak salinan. Pegawai aku nie dia memang tak mau. So aku bagi je la yang original.
5. SIJIL
PERAKUAN AKREDITASI DARI AGENSI KELAYAKAN MALAYSIA (MQA) – khas utk pelajar
IPTS sahaja
Kalau anda dari IPTS sertakan sekali
sesalinan Sijil Perakuan Akreditasi daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
6. HANTAR PERMOHONAN
Kita boleh hantar permohonan kita kat HQ mahupun cawangan PTPTN yang berdekatan dengan tempat tinggal kita. Tapi dalam kes aku nie, aku nak bagi terus kepada pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN di pejabat cawangan PERAK. Pegawai yang tertanggungjawab terhadap akaun PTPTN aku itu adalah Pn. Siti Aishah bin Abd Hamid. jika pegawai anda sama seperlu aku, moh le kita hantar kat dia.. :
No. 11 & 13 Tingkat Bawah
Persiaran Green Town 4
31300 Green Town, Ipoh, Perak
Hari ini 27 SEPTEMBER 2013 ( Jumaat ) tepat pukul 5.00 ptg, aku telah memasukkan permohonan aku ke dalam kotak kiriman pos express di Pejabat Pos Batu Pahat. Semoga segalanya berjalan lancar, Insyallah...
Lepas dah pos jangan kita lepas tangan pulak sebab harus diingat, maaf cakaplah noh biasanya berurusan dengan PTPTN ni leceh sikit, Jadinya kita perlulah sentiasa follow-up permohonan kita dengan pihak PTPTN sendiri. WAJIB tahu. Takut jadi perkara tak diingini pulak.
Di kesempatan ini juga aku ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada salah seorang staf UPSI yang sudi berulang - alik ke bahagian akademik UPSI untuk mendapatkan cop pengesahan daripada pegawai di UNIT PENGIJAZAHAN. TERIMA KASIH CIK. Jasamu akan ku kenang.. :-) Peace For All....