Pages

Sunday, August 4, 2013

Cuti Semester ke Borneo


Assalammualaikum warahmatullahi wabarakatuh...

Hampir setahun rasanya aku sudah tidak mengarut di sini... hehe.. Maklum la sejak bermulanya semester 7 iaitu semester yang membuatkan aku menjadi guru telah menyebabkan aku kurang mempunyai masa untuk diluangkan di sini.. biasa la dah nama pun praktikumkan mesti la sibuk di sekolah, balik sekolah sibuk dengan rumah plak, RPH kena buat lagi kan.. huhu.. OK la ok  la entri kali ini aku nak cerita sikit pengalaman aku pergi bercuti ke nun di sana.. haha.. iaitu di SARAWAK BUMI KENYALANG..

Alkisahnya bermula dari bermulanya cuti semester 7 iaitu selepas abis praktikum, aku buat la part time work kat kilang beras faiza, kerja kuli bawah ja.. 4 bulan cuti, 2 bulan ja aku keja.. alhamdulillah dapat la sikit rezeki untuk menampung perbelanjaan bila naik semester 8 nanti. Masa cuti tu la geng2 yang nak pi Sarawak nie berkomplot ( amboi ayat macam jahat ja bunyinya ). Depa rancang tarikh & booking tiket. Tarikh yang dipersetujui adalah 10 April - 13 April 2013. Depa tu daripada : -

 Rizal @ cin

 Joe
dia nie la driver kami sepanjang kami kat Sarawak ( Terbaik punya driver baq hang )

 Rahim

 Azmi

 Pulah

 Jimbo

 Acap

 Husaini @ Sen

 Min
dia nie pulak co-pilot kami, yang sentiasa bergaduh dengan pilot kami.. haha

Tapi malangnya time depa semua nie dok berkomplot nak pi Sarawak tu, depa kata depa tak dapat nak contact aku. Jadi, depa beli la tiket dulu dalam masa cuti semester tu. Bila buka semester ada yang tnya aku pasaipa aku tak follow pi Sarawak.. Macam mana aku nak follow time depa beli tiket tak sorang pun yang contact aku. Nak buat macam mana mungkin tak dak rezeki aku kot kali nie. Tapi, lebih kurang dalam 2 atau 3 minggu sebelum depa berangkat ke Sarawak, aku cuba - cuba la intai dalam web http://www.airasia.com, mana la tau ada lagi ka kosong kan. Tak disangka - sangka memang aku bertuah sebab ada lagi tempat kosong & yang paling best tiket dia boleh tahan murah la. Depa kata tiket depa RM200 sorang. Kalau betoi memang bertuah sangat la aku. Nak tau pasaipa... Tengok kat bawah nie.. hehe



pejam celik pejam celik, tibalah waktu untuk berangkat ke Sarawak. Bagi memastikan perjalanan berjalan dengan lancar kami bertolak awai ke LCCT. Bukan kata awai tapi tersangat awai.. haha.. Flight kami pukul 10.50 pagi ( 10 Apr 2013 ) tapi 9 Apr kami dah bertolak dari Tg. Malim, Perak dengan menaiki Komuter. Naik Komuter pun untuk jugak aku sebab ada kad nie :-


Dapat la diskaun 50%. Harga asal rm7.50, aku bayar dalam rm3.25 jer... TQ Dato Seri Najib.. hahaha.. kat bawah nie ada sikit pemandangan kami kat atas komuter tu :-



Apa yang menariknya kat sini, kami naik komuter nie turun kat Terminal Bersepadu Selatan ( TBS ) pastu dari sana kami naik pulak LRT kot ke Salak tinggi kalau tak silap. Kemudian, dari Salak Tinggi kami naik bas pulak untuk ke LCCT.. Nampak tak betapa susah dan jauhnya kami nak sampai ke LCCT.. haha.. Sesampai ja kat LCCT, kami pun cari la port untuk tidur sekejap. Port yang kami pilih tak lain tak bukan cafe LCCT.Kat sini memang terkenal dengan tempat untuk transit sebentar sebelum naik flight. Ok la kat bawah nie ada sikit gambaran sebelum kami berlepas.. :-











Sekali sekala nak jadi org kaya. makanan di bukan booked dalam internet tapi beli on the spot.. boleh tahan harga dia. Spagetty with meat ball + orange juice = RM20.00. siap dapat free gift biskut 2 pack lagi..

Sesampai ja kat Sarawak, kami disambut oleh brader yang bagi kami sewa van Toyota Hiace. Boleh tahan selesa la van nie.. haha.. Lepas dapat van kami, terus ke homestay yang bakal kami menginap untuk 3 malam. nie lah homestay kami :-

Ok la kan beda nak buat tempat tidoq ngn letak barang ja... Next, first destinasi kami mesti la ibu negerinya iaitu Kuching. Tapi kami singgah dulu kat pasar satok kubah ria untuk tengok - tengok ikan terubuk masin. Aku tengok - tengok ja dlu tapi dah ada yang shopping sakan sebab depa beli terus hantar balik ke semenanjung. kedai tu ada buat khidmat penghantaran ke semenanjung tapi kena bayar r.. harga penghantaran lagi mahal dari harga ikan. Bukan apa depa terus hantar balik sebab nak ringankan luggange tipe nak naik flight nanti.




Kat bawah nie plak gambaran replika kucing yang aku dok tengok dalam tv ja selama nie.. sekarang dapatlah aku tengok dengan mata aku sendiri. Dulu aku ingtkan besar sangat replika nie. Sekali tengok kecik ja pun.. haha.. tertipu aku selama nie...





Kemudian kami pusing - pusing la satu daerah Kuching.. besar betoi daerah Kuching nie.. kat bawah nie antara tempat - tempat yang kami sempat singgah...












Sini pulak taman bujang senang... 













Part nie paling best kat Kuching, menikmati makanan laut yang segar dengan harga yang berpatutan kepada kami sebagai pelancong :-





Boleh tahan kan harga dia.. :-)





Hari berikutnya kami ke Taman Negara Bako pulak :-






Inilah yang dinamakan Gunung Santubong










Perjalanan yang tidak dijangka baru nak bermula :







ramai pulak kawan - kawan yang dapat menegur.. hehe





kat atas nie adalah Beruk Belanda ( ala yang hidung besar tu ), dia tak datang dekat pun. dapat snap kot jauh ja...


Masih lagi ceria nampaknya






Laluan makin sukar ditempuhi


Hambik kau, terduduk.... puas menaiki bukit hampir 1 jam perjalanan dengan memakai seluar jeans lagi.. memang macam nak terberak la bila sampai kat atas tu... hahaha... nie lah yang dikatakan pendakian yang tidak dirancang.. Tapi aku puas bila sampai kat atas dan dapat melihat keindahan ciptaan tuhan..









Lepas keluar dari Taman Negara Bako, kami pergi pula ke Sarawak Cultural Village ( Taman Kebudayaan Sarawak ). First pi tengok harga tiket dia, perghh.. satu kepala RM60... memang tak masuk dah la dengan harga tu. Sebelum nak beredar ternampak pulak banyak kad kat kaunter tu. Sekali tengok ada kad matrik pelajar UUM. Kami pun tanya la ada student price ka. Dia kata student rm15. Memang jauh beza la dengan harga standart. Nasib baik ada bawak kad matrik, boleh juga dapat masuk murah.. Kalau tak, memang tak merasa la masuk dalam tu... kat bawah nie ada serba sedikit gambarannya :-



Nie makanan tradisional orang sarawak katanya ( tak ingat pulak bangsa mana )






Ok la tu la serba sedikit yang aku dapat kongsikan... nak kongsi banyak - banyak pun bukannya ada yang nak baca pun kan.. hahaha... kat bawah nie pulak time kat lapangan terbang Kuching, depa tengah bertungkus lumus memungkus barang2 yang dibeli untuk di masukkan ke dalam perut kapal terbang.



Nak dijadikan cerita, flight pulak delay dekat 45 minit. Jadinya, kami pun sampai lewat la ke Pudu Central. Makanya, kat bawah nie lah gambarannya sementara menunggu bas terawal pagi esok utk balik ke Tg. Malim.





Alhamdulillah akhirnya kami semua selamat sampai ke destinasi sendiri. Ada yang terus balik ke kampung sebab tak mau bermalam kat kedai mamak. aku nasik baik la kalau nak balik kampung ke naik kat TBS, kalau boleh naik kat Pudu, memang aku balik kampung dah.. Tapi inilah yang dinamakan pengalaman. Dalam aku lepak kat kedai mamak tu sempat juga aku berborak dengan serang uncle berbangsa cina yang bergelandangan di kawasan Pudu tu. Menurutnya, akan ada kumpulan yang akan datang bagi mereka nasi untuk makan. aku tanya la kumpulan tu datang dari mana. pertama dia kata, ada kumpulan yang datang bagi mereka makan kumpulan yang beragama Islam tapi tak selalu la, yang kerap bagi mereka makan adalah kumpulan beragama kristian. dia kata ada seorang kristian antara yang terkaya di Malaysia yang kerap bagi makan kepada golongan gelandangan nie. bukan saja makanan bahkan pakaian pun kadang - kadang dia bagi. Bukannya sikit, sekali datang bagi dalam 1 ke 2 lori penuh dengan pakaian untuk golongan gelandangan. Sembang punya sembang dia pun dah ngantok & dia pun buka kotak dia sebagai alas untuk baring.

Itu sajalah pengalaman aku sepanjang 6 hari aku berkelana bermula dari TM - KUCHING - TM.. sekian dahulu coretan aku untuk kali ini... Peace for All... Wasalam...

No comments:

Post a Comment