Pages

Sunday, May 6, 2012

Pementasan Teater : PASIR - PASIR DI PASIR SALAK

Alhamdulillah syukur... malam ini bersamaan 5 Mei 2012 telah dijalankan satu Pementasan Bersejarah berkaitan Negeri Perak di Panggung Budaya, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Teater ini adalah hasil karya dan arahan Mana Sikana... Rasanya ramai yang kenal dengan nama pena ini. :-).


Tetapi terdapat sedikit masalah bila mana ekon dalam panggung tersebut tidak dapat berfungsi dengan baik. Kesannya ramai yang lari meninggalkan panggung tanpa sempat teater habis dilakonkan... Agak sedih dengan kejadian yang tidak diduga ini... huhu...
Walau bagaimana pun, aku mengucapkan ribuat terima kasih kepada Sekretariat PESKON yang membantu menjayakan Pementasan ini antaranya Sekretariat Protokol, Sek. Jemputan dan Sambutan, Sek Makanan dan jamuan, Sek Teknikan dan Persiapan Tempat dan juga semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak langsung... :-) Kita masih ada 4 hari lagi.. Ini baru permulaan.... Ayuhhh bertahannnnn..... :-) Wasalam..

Saturday, May 5, 2012

PESTA KONVOKESYEN KALI KE - 14

ASSALAMUALAIKUM....


Syukur alhamdulillah berjumpa semula kita, kali ini aku cuma nak bagitau bahawasanya Universiti Pendidikan Sultan Idris akan mengadakan Istiadat Konvokesyen kali ke - 14. Oleh itu, Jabatan Hal Ehwal Pelajar & Alumni dengan kerjasama Rakan Konvo akan mengadakan Pesta Konvokesyen (PESKON) bagi meraikan para gradusi. Pelbagai acara akan dijalankan sepanjang PESKON berlangsung bermula dari 6 hingga 9 Mei 2012. Untuk pertama kalinya dan mungkin juga terakhir kalinya aku dilantik untuk menjadi ahli Majlis Tertinggi dalam melaksanakan PESKON ini. Insyallah dengan pelbagai halangan yang sentiasa menimpa tanpa putus - putus aku akan berusaha untuk menghabiskan juga PESKON ini walaupun perik. Maki hamun dah menjadi perkara biasa di telinga, pertelingkahan juga tidak kurang hebatnya juga. tak apa la mungkin perkara - perkara seperti ini akan membuatkan aku merinduinya bila dah habis belajar nanti.... :-). Ok la malas nak cerita panjang - panjang kalau aku cerita detail tak terbaca pulak nanti. hehehe.. Malam nie aku cuma nak bagi tahu berkaitan acara yang bakal dijalankan nanti. Anda semua bolehlah lihat banner di bawah ini untuk mengetahui acara - acaranya... :-) 


Oleh itu, aku nak jemputlah anda semua untuk bersama - sama memeriahkan acara yang bakal berlangsung nanti.... Semoga dengan kehadiran anda semua PESKON kali ini akan lebih meriah berbanding sebelum - sebelum ini.... :-) SEKIAN......

Wednesday, May 2, 2012

PRAKTIKUM SUDAH DEKAT

As salam, dalam sedar tak sedar aku dah nak masuk sem 7. Itu menandakan aku akan berpraktikum di sekolah..... waaaaa.... dah sediakah aku nak bepraktikum di sekolah nie... Nak kena mengajar. huhu... mengikut tarikh di bawah nie aku akan mula berpraktikum pada 25 Jun 2012 dan akan tamat pada 19 Oktober 2012. Ini bermakna kurang 2 bulan lagi la... huhu


Untuk itu, semalam aku telah pergi ke Seremban bagi mencari rumah sewa sekali gus perlu melawat sekejap di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Sheikh Haji Mohd Said (panjang benor nama sekolahnye.. hehe)
Sekolah agama tu..... huhuuh... Mampukah aku...?????

Kat bawah ini antara beberapa keping gambar suasana kat sekolah itu. Sekali tengok agak besar juga sekolah nie.