Pages

Wednesday, March 7, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA (Hari ke - 2)

28 Januari 2012 - Aktiviti pada hari ini bermula seawal jam 5.00 pagi. Kami bangun, mandi, dan bersiap sedia untuk solat subuh. Selesai solat subuh, jam 7.00 pagi sehingga 8.00 pagi, kami pun berkumpul di hadapan rumah tumpangan kemudian bergerak bersama-sama ke kedai makan berhampiran Depot Tella untuk bersarapan pagi. Hidangan untuk sarapan pada pagi itu ialah sup bebola daging dan kopi susu Vietnam, kopi ini telah membuatkan aku ketagih untuk meminumnya setiap hari, pantang pi kedai makan ja mesti aku order kopi nie, hehehe.... Menurut tuan kedai, hidangan tersebut merupakan salah satu hidangan istimewa di kampung tersebut. 







Setelah itu, kami berjalan kaki ke tapak aktiviti untuk hari ke-2, iaitu di Masjid Nurulhidayah, Kg Brai Bis. Kami telah menjalankan tugas masing-masing. Ada yang bertugas untuk membersihkan tapak aktiviti, ada yang bersiap sedia untuk persiapan akikah, persiapan untuk sesi modul, ada yang pergi membuat tinjauan rumah-rumah yang daif dan rosak, serta beberapa tugas-tugas yang lain. Aku, Suman, Mie Own, Shahrael (pengarah) dan Shahril (Timb. Pengarah) ditugaskan untuk mencari rumah - rumah keluarga yang miskin dan daif untuk dibantu dari segi pemberian atap rumah. Tetapi di kampung ini kebanyakan rumah - rumahnya sudah cantik dan agak moden.










Tempayan nie kalau di Malaysia kita gunakan untuk membasuh kaki tetapi di Kemboja mereka guna tempayan ini untuk menyimpan air minuman.

Ini adalah rumput kering yang dilonggok untuk diberikan kepada lembu untuk dimakan. ketinggian rumput ini apabila dikumpul boleh mencecah bangunan 3 - 4 tingkat dan mungkin juga lebih. Rumput ini diperlukan semasa musim - musim tertentu seperti musin panas kerana tiada makanan atau rumput segar ketika itu.

Ini antara rumah yang agak moden yang boleh dilihat.