Pages

Monday, February 27, 2012

KHIDMAT MASYARAKAT ANTARABANGSA KEMBOJA 1

Salam dan selamat sejahtera... Entri kali ini aku akan menceritakan serba sedikit berkaitan dengan Program Khidmat Masyarakat Antarabangsa Kemboja yang aku sertai bermula dari 27 Januari hingga 1 Februari 2012. Program ini melibatkan seramai 29 orang peserta, seorang pegawai pengiring dan 2 orang paramedik dari Pusat Kesihatan UPSI. Program ini merupakan program anjuran Majlis Perwakilan Pelajar tahun 2011 yang juga merupakan program lanjutan yang telah dijalankan oleh MPP UPSI sejak 4 tahun dulu lagi.

Dengan menaiki penerbangan Air Asia, no. penerbangan AK 1472 dijadualkan bertolak dari LCCT pada pukul 7.05 pagi atas tiket dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Phnom Penh dua jam kemudian sekitar 9.00 pg waktu Malaysia @ 750 pagi waktu Kemboja. Sebaik tiba di Kemboja, kami disambut oleh Ustaz Hasan yang merupakan orang yang bertanggungjawab terhadap kami dan juga bertanggungjawab menyusun kampung mana yang sepatutnya mendapat sumbangan yang kami bawa dari Malaysia. Beliau juga merupakan Presiden Persatuan Kebajikan Islam Kemboja. Kami diberi 2 buah van dan sebuah cooster untuk kemudahan pengangkutan di sana. Lokasi pertama yang kami tuju adalah sebuah muzium yang menempatkan mangsa - mangsa kekejaman tentera Pol Pot. berikut merupakan gambar - gambarnya. Kami ke sini kerana terdapat sedikit masalah untuk terus ke kampung yang sepatutnya dijadualkan.

 











Gambar - gambar di atas merupakan bekas penjara yang digunakan oleh tentera Pol Pot untuk mengurung dan menyiksa mangsa - mangsanya. Terdapat juga rangka - rangka mangsa pembunuhan kejamnya di tempat ini.